Pages

My Quote

My Quote

Thursday 19 January 2012

Ombak Rindu ~ Fauziah Ashari

576 pages

Novel ke 3
Novel Pertama ~ 2012  
4.5 Star

Tarikh  Baca  :  January 2012

Judul Novel :  Ombak Rindu
Penulis        :   Fauziah Ashari
Harga         :   RM19.90

"Rinduku umpama ombak yang tak berhenti, kasihmu bagai pantai yang setia menanti"

Ini adalah novel pertama dalam tahun 2012 yang telah saya baca.

Masa ni saya belum lagi giler beli novel.  Cuma pinjam dengan Anis dan saya telah membacanya sebanyak 2 kali.  Wah!! Time tu macam seronok giler dapat baca novel yang terbest ni..Sampai sekarang masih terasa-rasa watak di dalam novel ini.  Begitu menyentuh hatiku..Saya belum tengok lagi movie ni, walaupun sana sini heboh menceritakan kisah "Movie Ombak Rindu" yang sedih.  Setelah di tayangkan di televisyen baru la saya dapat menonton.  



Sinopsis

Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha  mengambil tugas memelihara Izzah.  Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang.  Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam.  Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz.  Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.  Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Haris. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain?  Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?