Pages

My Quote

My Quote

Sunday 25 May 2014

Yang Dia Pilih ~ Hani Fazuha

"Jatuh cinta bukan boleh dipilih-pilih"

Pages 536 + Prolog + 60 Chapters + Epilog 

Novel ke 78
Novel ke 11 - 2014

Tarikh Baca - 14 Mei 2014 - 25 Mei 2014

Bintang  : 4.5

Judul Novel               : Yang Dia Pilih
Penulis                      :  Hani Fazuha
Tarikh Terbit             :  Mei 2014
Penerbit                    :  Idea Kreatif Publication
Harga                       :  RM24.00/RM27.00(Sem/S&S)





Sinopsis Belakang Buku
Kata orang, cinta itu manis. Kata Hareez, mana ada manisnya kalau orang yang dia cinta harus menjadi adik ipar sendiri. Cinta tidak kesampaiannya pada Lya buat dia hampir tersungkur.  
Pertemuan yang tiba-tiba dengan Fatia buat Hareez kembali 'hidup'. Tanpa sedar, skill kasanova yang telah menjadi khazanah kembali muncul.

"Kalau nak tahu, cubalah." Hareez senyum senget.
"Cuba apa?" Fatia tiba-tiba jadi blur.
"Tak pakai baju depan saya, tengok awak selamat ke tidak." Mata dikenyit nakal.
"Nak tahu gatal ke tak, kahwin dengan saya dulu."

Melamar Fatia bukan kerana cinta tetapi kerana dia suka. Bukankah suka itu juga salah satu dari akar cinta? Persoalannya... bolehkah bahagia tanpa cinta?
Dan... apabila dugaan datang melanda dengan tawaran untuk Hareez mendapatkan cinta pertamanya bersama Lya, ada banyak hati yang terpaksa dikorbankan.
Kerana bahagia itu banyak jalan yang bersimpang, mereka harus membuat pilihan.

'Setia tidak menjanjikan balasan kesetiaannya juga.' 

Persoalannya, siapa yang tidak setia di antara mereka?

Kesinambungan HATI KALA CINTA ini membawa kita mengenal siapa sebenarnya Hareez Daniel yang pernah ditolak Lya kerana memilih adiknya, Zhafran.

Review tentang Novel
Orite, setelah habis membaca novel ini saya ingin memberi sedikit pandangan tentang novel ini. Bagi saya novel ini sangat best. Saya suka dengan lenggok bahasa yang dikaryakan oleh Hani Fazuha. Sangat mencuit hati dan novel ini saya saya kategorikan sebagai novel "favourite saya".  Sesesiapa yang sudah memilikinya, tidak rugi.  Dan sesiapa yang belum lagi membaca novel ini, apa yang saya boleh cakap "recommended book". 

Coretan Saya
Ketika mula-mula saya membaca tajuk novel ini, saya tertanya-tanya apakah isi kandungan cerita ini. Apatah lagi ditulis pula di kulit buku, novel ini adalah kesinambungan dari novel "HATI KALA CINTA". Dengan tajuk yang sesimple ini, "Yang Dia Pilih", saya tidak sangka jalan cerita sangat menarik. Dengan adegan usik-mengusik yang romantik, rajuk-merajuk dan yang lain-lain adalah kisah keluarga. Jalan ceritanya sangat mudah difahami di tambah pula dengan ayat-ayat mengoda Hareez yang bersahaja. Sentiasa ada sahaja kata-kata usikan yang membuatkan Fatia menjadi hilang kosa kata. So sweet.  Sehinggakan saya dapat membayangkan perwatakan Hareez. Walaupun sebenarnya, saya belum lagi membaca novel HATI KALA CINTA itu.  Tahniah kepada penulis iaitu Hani Fazuha.  Novel beliau "Pergi Tanpa Alasan" merupakan novel pertama yang pernah saya baca dan saya sangat sukakan hasil penulisannya.

Novel ini saya beli bersama 3 buah novel Idea Kreatif yang lain di dalam Kombo 3 ketika berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa pada 24 Mei 2014 iaitu pada hari Khamis, hari pertama Pesta Buku Antarabangsa berlangsung.

Sinopsis saya
Cerita ini mengisahkan tentang Hareez Daniel yang telah pulang ke Malaysia setelah 3 tahun membawa diri semenjak Lya berkahwin dengan adiknya Zhafran dan dikurniakankan seorang anak yang bernama Antasya Myra. Watak Hareez yang cuba melupakan kisah cintanya bersama Lyana Amira dan kemudian secara tidak langsung telah berkenalan dengan Fatia Alesya dalam pertemuan yang berasingan dan semuanya secara kebetulan. "Mula-mula terlanggar, lepas tu 'terselamat' dan sekarang temu ramah." dan kebetulan-kebetulan yang seterusnya.
Pertemuan demi pertemuan antara Hareez dengan Fatia telah menjadikan mereka sebagai pasangan. Hanya dapat menangkap perkataan "sayang" yang dipanggil oleh bekas tunang Fatia, terus panggilan "Cik Sayang" melekat di bibir Hareez.
Kisah-kisah mencuit hati telah berlaku di antara mereka berdua kerana Hareez begitu seronok mengusik Fatia. Gadis yang sering menjadi mangsa usikkannya tatkala berbicara.

Hareez yang telah kembali semula kepada syarikat papanya Danau Crystal sentiasa tidak keruan jika terlihat Lya yang juga bekerja di syarikat itu. Zhafran sentiasa mengingatkan Hareez bahawa Lya adalah kepunyaannya atau miliknya. Melisa bekas isteri Hareez yang berkahwin ketika di UK, telah cuba memujuk Hareez untuk rujuk semula namun Hareez enggan. Begitu juga Fazura yang merupakan sepupu kepada Fatia dan adik kepada Tengku Badri Tan Sri Tengku Badarudin amat meminati Hareez sehingga sanggup mengkhianati Fatia dan merancang sesuatu perkara yang tidak baik. Hubungan Hareez dan Fatia mula menjadi dingin sejak malam pertama perkahwinan mereka kerana cemburu buta Fatia terhadap Lya.  Hareez seorang suami yang sabar. Ketika Fatia ditangkap khalwat bersama Tengku Badri, Hareez tidak mengambil keputusan terburu-buru. Akhirnya rancangan Fazura terbongkar setelah Hareez sendiri membaca Whatsapp yang dihantar olehnya ke handphone Fatia. Hareez telah membuat keputusan untuk terus tinggal di Johor Bahru dan mengambilalih syarikat datuknya "Nutri Jaya"dan juga memulakan kehidupan sebagai suami isteri yang sebenar. Hubungan mereka pulih setelah Fatia sembuh dari demam dan keadaan terus berubah. Tiada lagi salah faham antara Fatia terhadap Lya dan mereka hidup bahagia setelah menempuhi pelbagai dugaan. Malah,  Puan Sri Normala juga telah menerima Hareez sebagai menantunya.  Sebelum itu Zhafran yang telah ditimpa kemalangan telah meminta Hareez mengambil Lya sebagai isteri, Melisa pula yang ingin kembali akhirnya berkahwin dengan lelaki lain, Fazura yang cuba ingin memisahkan mereka dengan pelbagai cara dan Puan Sri Normala yang tidak suka kerana Hareez bukan menantu pilihan dan berkeras ingin Fatia berkahwin dengan Tengku Badri.

Petikan yang menarik dan mencuit hati saya
1."Aku mahu yang sejuk mata memandangnya, hati aku akan nyaman dan damai. Aku mahu yang tahu menjaga batas pergaulan dan menutup auratnya supaya dia tidak mengheret aku untuk masuk ke neraka yang panas. Aku mahu yang kaya dengan kasih sayang supaya nanti hidup aku akan penuh dilimpahi kasih sayangnya."

2. 'Kalau gambar berdua dengàn wartawan yang muka garang macam beruang kena sawan ni, I sanggup. Seratus kali shoot pun boleh.'(Bab ni Fatia teringat kata-kata Hareez ketika sesi bergambar semasa temubual bersama Hareez)

3. Petikan - Kali pertama Fatia menghubungi Hareez - ms44
"Assalamualaikum Encik Hareez, I..."
"Waalaikumussalammmmm..." "Ya sayang, ada apa-apa yang boleh I bantu?"
"Encik! berapa kali I nak ulang jangan panggil I begitu!"
"Panggil begitu??" "Begitu tu apa?"
"Sayang!"
"Ouh! I memang dah tahu you sayang I."
"Uwek! Kenapa I tiba-tiba rasa loya ni?"
"Aik! I belum 'SENTUH' you lagi tau. Macam mana you dah loya-loya ni?"

"Encik ni dah berkeluarga ke belum yer?"
"Kalau I kata belum, you nak tak kahwin dengan I jadi 'keluarga' I?"
"Terima kasih jer la Encik, I belum GATAL lagi nak kahwin dengan encik,"
"Oh! Tunggu gatal dulu baru boleh kahwin yer?Nantilah, I hantar  sayur keladi suruh you makan. Lepas tu bila you rasa gatal, tentu you nak kahwin dengan I kan?"

4. Petikan Terharu - ketika ingin ke butik pengantin dan Fatia bersikap dingin
"Tia..."
"Saya tak minta banyak Tia.  Kalau awak tak mampu beri semua, berilah separuh dari hati awak tu. Saya janji, saya akan jaga dengan sebaik mungkin,"
"Saya tak punya segunung intan untuk dipersembahkan pada awak Tia tetapi, saya hanya ada sekeping hati dan InsyaAllah akan menyayangi awak seadanya."
"Saya tak punya selaut permata untuk dicagarkan pada awak tapi, saya janji akan jadi imam yang baik jika awak sudi jadi makmum saya."
"Saya bukan lamar awak dengan harta kekayaan kerana saya tahu awak orang berharta, tapi saya lamar awak dengan kalimah Allah s.w.t. agar awak kekal menjadi pendamping saya dunia dan akhirat.

Info Kesihatan
Tulang belakang  yang menyokong badan kita mempunyai 33 vertebrae berasingan yang dipisahkan oleh pelapik kartilej.  Di dalam susunan tulang tersebut, terletaknya rangkaian saraf-saraf.  Apabila berlaku kecederaan di tulang belakang, ia mempengaruhi saraf tersebut.

Tazkirah - untuk dijadikan pedoman
'Jika terjaga dari tidur di tengah mala, bangunlah dan solat tahajjud. Waktu-waktu begini doa mudah dimakbulkan Tuhan. Sesungguhnya, Allah s.w.t. berada di langit dunia pada sepertiga malam untuk mendengar doa hambaNya. Kalau terjafa tetapi tidak bangin untuk bersolat dan langsung tidak berzikir, bimbang nanti kalau-kalau kita tidak akan dikejutkan sampai bila-bila'

Quote
Love is the master key that opens the gates of happiness. - Oliver Wendell Holmes

1 comment: