Pages

My Quote

My Quote

Sunday 24 January 2016

Tundukkan Playboy Itu ~ Anjell

"Hanya dari panahan MATA,
Kisah CINTA pun bermula"
734 pages & Prolog & Epilog



Novel ke 104
Novel ke 2 ~ 2016

Tarikh Baca     :     24 Januari 2016 - 6 Februari 2016

Bintang             :    4.5

Judul Novel       :    Tundukkan Playboy Itu
Penulis               :    Anjell
Terbitan             :    Mei 2015
Penerbit             :    KaryaSeni 
Harga                 :    RM29.00 (S/M)
                                RM32.00 (S/S)





Sinopsis Belakang Buku

Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal.  Cantik dan seksi.  Sebab itulah Harraz tak suka perempuan bertudung.  Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya Muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz.

"I tak rasa I boleh terima you bekerja kat kompeni ini.  Tapi... kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja. " - HARRAZ NAUFAL

Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey... Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya.  Mamat berlagak itu terlalu sombong.  Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang!

"Saya berdoa semoga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti. " - NURIN AREESA

Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu.  Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung.  Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu.  Hanya kerana panahan mata, jiwa buaya Harraz serius tertunduk.  Gila! Lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.  Datang pula mummy Harraz bertemu dengan Nurin.  Permintaannya buatkan Nurin terlopong tiga saat.

"Tundukkan Haraz.  Tundukkan playboy itu." - PUAN SRI ROSELL

Tundukkan Harraz? Mampukah Nurin? Dan akan tertundukkah Harraz hanya keran Nurin?

        
Kali ini saya ingin membuat review hanya dari petikan-petikan kegemaran saya sahaja kerana novel ini mempunyai jalan cerita yang sangat menarik terutama tunjuk marah tapi sebenarnya cinta..bila berkahwin pula masing-masing malu untuk mengungkap kata sayang.  Itulah kisah Harraz Naufal dan Nurin Areesa.

Novel ini mengisahkan tentang bagaimana Harraz Naufal boleh jatuh cinta dengan Nurin Areesa dan secara tidak langsung dari sangat benci kepada wanita bertudung sehinggakan Harraz sendiri boleh berubah. Harraz yang suka membuli Nurin supaya Nurin sakit hati namun kadang-kadang Nurin akan membalas semula dengan kata-kata dan juga perbuatan.  

"Harraz Naufal" yang membawa maksud "Yang Amat Warak dan Pemurah"

Nurin, kalau terlalu marah akan memberi gelaran kepada Harraz.  Mula-mula biawak kering tetapi selepas melihat kereta Lamborghini merah Harraz, digelarnya pula Rimau Lamborgh. Tak boleh nak dibayangkan bagaimana rupa lamborghini merah.  Adakah seperti ini????
Image result for lamborghini merah
Dalam garang-garang Harraz, rupa-rupanya Harraz ini seorang yang berjiwa penyayang.  Harraz mempunyai seekor kucing berwarna oren yang bernama Ouro.

Harraz mempunyai seorang sepupu yang bernama Farhan dan juga merangkap kawan baik kerana masing-masing adalah anak tunggal.  Harraz tidak menyangka, Farhan yang seangkatan dengan perangainya iaitu "Playboy" boleh jatuh cinta dengan Nurin Areesa.  Perasan Harraz sangat sedih kerana berkemungkinan Nurin akan menerima lamaran Farhan.

Petikan perbualan
Harraz cuba mencungkil isi hati dan pilihan hati Nurin setelah lamaran Farhan ditolak oleh Nurin

"Kau nak suami yang macam mana? Manalah tahu aku boleh suruh Farhan jadi yang macam kau nak."(padahal untuk diri sendiri).  huhu cover line - itulah soalan dari Harraz setelah beberapa hari tidak bertegur sapa.

Nurin 
"Lelaki yang akan jaga saya. Terima kekurangan saya. Dan yang penting saya sayang dia dan dia pun sayang saya sangat-sangat."
"Dia kena jadi seorang imam yang hebat.  Sebab dia ialah imam saya dan anak-anak saya nanti.  Rupa tak penting.  Yang penting hati dan akhlaknya.  Dia tahu jaga maruah saya sebagai perempuan. Macam menjaga aurat saya hanya untuk dia."
"Apabila saya ada masalah, dia akan selalu ada di sisi saya sebab dia hero saya.  Yang penting dia akan buatkan saya berasa selamat dengannya."

Harraz 
"Hmmm... kalau macam tu, aku lepas tak nak jadi suami kau?"
"Aku rasa aku lepas.  Sebab, aku dah banyak kali selamatkan kau.  Maksudnya, aku hero kau.  Aku dah terlanjur tengok aurat kau dulu. Lelaki lain tak pernah tengokkan?  So, maknanya memang aku la yang layak kahwin dengan kau, kan? Kau kahwin ajelah dengan aku, Nurin."
"Kalau aku ajak kau kahwin, kau nak kahwin dengan aku tak, Nurin?"

Nurin terfikir, lamarankah ini?? 
"Jangan bergurau la, encik.  Tak lawak.  Encik lupa satu benda kut. Saya ni tak cantik dan tak seksi macam kekasih-kekasih jadian encik tu.  Saya tak layak untuk encik."
"Dan yang paling penting, saya nak cari orang yang cintakan Allah.  Bak kata Imam Syafie, do not love the one who doesn't love Allah.  If they can leave Allah, they will leave you.  Saya perlukan lelaki macam tu, encik, untuk bergelar suami saya.  Cintakan Allah dulu, sebelum cintakan saya."

Harraz baru tersedar selama ini dirinya hampir sama seperti Mustafa Kemal Ataturk. Harraz yang telah meletakkan syarat kepada pekerja wanitanya tidak boleh bertudung dan mesti memakai pakaian yang seksi membuatkan caranya sama seperti cara pemerintahan Mustafa Kemal Ataturk.

Sedikit Selitan Kisah Pemerintah di Turki
Mustafa Kemal Ataturk
  • Selepas perang dunia pertama, Mustafa Kemal Ataturk ialah salah seorang tokoh penting dalam perkembangan sejarah kejayaan Turki apatah lagi selepas kejatuhan kerajaan Uthmaniyah. Kerajaan Barat sangat kagumkan keupayaannya dalam membawa Turki ke era permodenan.
  • Beliau dikenali sebagai bapa pemodenan Turki 
  • Masyarakat Barat kenal dia sebagai seorang pemimpin yang disegani kerana berjaya memodenkan Turki.
  • Dari pandangan masyarakat Islam, dia adalah seorang yang keji 
  • Dikenali juga sebagai pemimpin Islam yang dilaknat Allah dan kehidupannya dimusuhi Islam.  Banyak perkara yang bercanggah dengan Islam yang telah dilakukannya.
  • "Ketika pemerintahannya, dia benarkan perempuan bertudung dengan syarat memakai skirt.  Ada yang cakap dia memaksa perempuan bertudung membuka tudung dan mendedahkan aurat.  Dia menggalakkan wanita berpakaian seperti wanita barat.  Dia juga pernah cakap yang negara takkan maju kalau rakyatnya tak berpakaian moden."
  • Dia secara terang-terangan tolak Islam.  Azan ditukarkan kepada bahasa Turki. Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki. Agama Islam digugurkan daripada agama rasmi negara.  Masjid-masjid diharamkan bersolat jemaah dan paling teruk ada yang cakap dia tukarkan sesetengah masjid jadi gereja.
  • Azab Allah diturunkan kepadanya saat dia hendak meninggal dunia.  Seksa di atas balasan semua dosa yang telah dilakukannya.  Bumi pun tak sanggup nak menerima dia sampaikan dia terpaksa dikebumikan di celah-celah batu marmar.
Salah satu sebab kenapa saya suka novel ini ialah Anjell menceritakan tempat-tempat menarik dan sedikit sebanyak maklumat-maklumat  ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan saya.

Hagia Sophia
  • Muzium yang terkenal di Istanbul Turki
  • Reka bentuk seperti masjid dan sebenarnya muzium itu adalah sebuah masjid dulu.
  • Hagia Sophia pada asalnya adalah salah sebuah gereja Kristian Ortodoks.
  • Sultan Muhammad Al-Fatih ketika menakluki Istanbul telah menukar gereja menjadi masjid.
  • Islam sangat bangga dengan pencapaian besar Sultan Muhammad Al-Fatih. Tapi apabila jatuh ke tangan Mustafa Kemal Ataturk, masjid itu ditukarkan menjadi muzium.
Surah An-Nisaa
Ayat 106
Dan pohonlah keampunan daripada Allah. 
Sesungguhnya Allah Maha Penyayang

Ayat 107
Dan janganlah kamu berdebat untuk (membela) orang yang mengkhianati dirinya.  
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang selalu berkhianat dan bergelumang dengan dosa.

Ayat 108, 109, 110
Dan barang sesiapa yang berbuat kejahatan dan menganiayai dirinya, 
kemudian dia memohon keampunan kepada Allah, 
nescaya dia akan dapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Kata-kata keramat Harraz Naufal buat Nurin Areesa
"Abang mengaku salah abang.  Abang patut mengaku dari dulu lagi yang abang sayangkan Rin.  Sebelum kita nikah lagi dan sejak kali pertama kita jumpa di Palace of The Golden Horses dulu. Abang lamar Rin sebab abang cintakan Rin."

"And starting from this moment, I will never hesitate to love you.  Eternally.  Sungguh... Abang sayang dan cintakan Rin seorang."  Syahdu you!!

"Abang  janji abang akan jaga Rin.  Sorry sebab buat Rin tertanya-tanya tentang perasaan abang kepada Rin."

Alahai! Romantiknya
Kemudian Nurin ditarik rapat ke dalam pelukannya. Erat Nurin dipeluk.  Nurin pun tanpa teragak-agak sikit pun turun membalasnya.  Turut erat sama.

Sedikit maklumat tentang Australia di mana lokasi pilihan Harraz dan Nurin berbulan madu.

Aukland, New Zealand
- New Zealand antara tempat tercantik di dunia
- North Island and South Island


- Milford Sound - Banyak tasik dan bunga
  • Dari Lapangan Terbang Auckland, perlu menaiki kapal terbang Air New Zealand selama 2 jam untuk ke Christchurch iaitu di Pulau Selatan New Zealand.
  • Pacuan 4 roda paling sesuai digunakan kerana jalan-jalan di Pulau Selatan New Zealand agak mencabar.
  • Kalau orang berkeluarga, sesuai menyewa Motor Home atau Camper Van.  Lebih jimat sebab boleh masak sendiri dan boleh tidur di mana-mana yang menyediakan bekalan kuasa secukupnya.
  • Dalam perjalanan ke Invercargill, sebuah tasik iaitu "Lake Tekapo" akan ditemui. Berdekatan tasik itu ada bunga yang berwarna ungu dan merah jambu yang dipanggil Bunga Lupin.  Lupin macam the tulips of New Zealand.
  • Cromwill memang terkenal dengan buah-buahan segar dari ladang. Ia adalah sebuah pekan dan kalau di Malaysia macam Cameron Highland.  Bunga cantik dan segar.  Buah-buahan yang banyak dan boleh dipetik sendiri.  Terdapat buah strawberi dan ceri. Di sini memang terkenal dengan aiskrim buatan sendiri dari buah-buahan yang segar dari ladang.
  • Terdapat masjid di Invercargill kerana ramai orang Islam berada di sini jika dibandingkan dengan tempat lain di New Zealand.
  • Milford Sound. Perjalanannya adalah selama 4 jam dari Invercargill.  Salah satu tarikan terbesar di New Zealand. Mengembara sambil menaiki cruise.  Dapat menikmati keindahan air terjun stirling yang berukuran 155 meter tingginya.
  • Di Bandar Queenstown  terdapat bungee jumping dari jambatan Kawarau.
  • Masjid E-Umar terkenal di Auckland
Pengakuan Harraz Naufal

"Tempat ni kali pertama abang jatuh cinta dengan Rin.  Masa tu, abang rasa Rin sangat cantik."

"Abang tak nampak pun muka Rin.  Macam mana boleh cakap cantik?" - Nurin

"But I fell for your beautiful eyes, sayang.  Pelik, kan?  Cuma mata yang abang nampak.  Tapi abang boleh angau.  Tahu tak dulu boleh dikatakan tiap-tiap malam abang mimpikan Rin."

Dalam bencinya kepada Nurin dulu, sebenarnya dia mahu melindungi wanita itu.  Dalam bertikam lidah dengan Nurin, sebenarnya dia mahu selalu dekat dengan Nurin.  Dan patutlah setiap pandangan mata cantik Nurin buatkan dia menjadi bukan dirinya

DAN Doa Nurin dimakbulkan
"Semoga abang  jatuh cinta dan berkahwin dengan wanita bertudung.  Tak sangka pula abang dijodohkan dengan si tukang doa tu.  Sebenarnya hari tu, doa untuk abang ke, untuk diri sendiri ni?" usik Harraz

Info tentang kelayakan untuk bergelar seorang arkitek
  • Fungsi Master adalah sama dengan ijazah kedua.
  • Universiti telah menaik taraf ijazah kedua kepada Master.
  • Syarat untuk bergelar seorang arkitek perlu melepasi kelayakan Bahagian I dan Bahagian II yang telah ditetapkan oleh Lembaga Arkitek Malaysia.
  • Kelayakan jawatan pemegang master adalah sebagai arkitek dan tidak sesuai untuk jawatan penolong arkitek
Kesimpulannya, novel ini sangat best...kepada yang belum baca lagi.."Happy reading"..

Adaptasi ke Drama bermula pada 17 Februari 2016 di Slot Akasia TV3 jam 6.58petang.

afalovenovel.blogspot.com