Pages

My Quote

My Quote

Sunday 16 March 2014

Hadirmu Takdirku ~ Alina Haizar

"Cinta ini adalah milik kau dan aku...
tak akan ada sesiapa di dalam takdir kita."
480 pages & 35 chapters


Novel ke 74
Novel ke 7 - 2014

3.5 Bintang

Tarikh Baca   :   10 March - 16 March 2014

Judul Novel           :  Hadirmu Takdirku
Nama Penulis        :  Alina Haizar
Tahun diterbitkan   :  2010
Terbitan                 : Kaki Novel Enterprise
Harga                    : RM18.00




Sinopsis belakang buku
Percintaan yang terjalin di antara Hana dan Jeffery telah terjadi tanpa diduga. Perbezaan taraf hidup merupakan penyebab utama mereka terpisah dan dipisahkan. Masing-masing membawa diri dengan dendam yang membara di hati kerana menyangka cinta mereka telah dikhianati.

Hana telah memulakan hidup baharu dengan karier mencabar, menjadi buruan ramai peminat. Dia telah menukar nama dan identitinya lantas tidak lagi memandang ke belakang.

Jeffery pulang ke tanah air setelah tujuh tahun hidup di US. Dia dikejutkan dengan kehadiran seorang kanak-kanak yang mengakui dia sebagai papanya. Di mana mamanya? Kenapa Jeffery tidak tahu mengenai anak ini? Jeffery terpaksa mencari Hana demi memenuhi permintaan anak kecil itu.

Pertemuan semula di antara Jeffery dan Hana telah merobek luka lama, lalu membuka semula kisah silam, kisah kekejaman manuasia memisahkan cinta demi nama dan harta!

Tinta penulis
HADIRMU TAKDIRKU menceritakan mengenai anak mencari ibunya. Cerita ini menggarapkan isu-isu semasa seperti masalah remaja dan juga menceritakan ketabahan seorang wanita yang bangun dari kekalahan dan berusaha memajukan dirinya.

Coretan Saya
Setelah seminggu membaca novel ini, akhirnya tamat sudah. Novel yang dipinjamkan oleh Shareen ini adalah novel pertama Alina Haizar. Novel kedua telah lama saya baca "Aku yang kau tinggalkan". Novel ini boleh tahan juga bestnya, tapi saya lebih tertarik dengan novel kedua beliau. Mungkin sebab saya suka travel kot,itu sebabnya saya lebih suka novel kedua beliau. Tetapi kalau untuk memiliki novel ini,tidak rugi sebab ianya berunsurkan jejak kasih. Jom kita layan resensi saya yang tidak seberapa ini.

Sinopsis saya
Novel ini mengisahkan tentang Hana atau nama penuhnya Farhana Ghazali seorang pekerja kafeteria di sebuah kolej dan Jeff atau nama penuhnya Wan Jeffery Datuk Wan Hisham yang belajar di kolej tersebut. Disebabkan Jeff terlalu bengang dan cemburu terhadap Lily yang telah curang kepadanya, dia telah menerima cabaran Mona untuk memikat Hana. Beberapa kali Jeff cuba memikat Hana, akhirnya dia berjaya membawa Hana keluar untuk dibawa ke parti harijadi Mona tanpa pengetahuan Hana. Hana seorang gadis yang lurus kerana dia masih terlalu muda, namun dia mempunyai cita-cita yang tinggi untuk menyambung pelajarannya. Hana amat rapat dengan Ramli kerana mereka berasal dari satu negeri. Ramli telah menyelamatkan Hana ketika berada di rumah Mona pada malam parti harijadi mona.  Hana telah mendengar perbualan Mona dan kawannya bahawa Jeff cuma ingin mengunanya untuk kembali kepada Lily. Hana begitu kecewa dengan Jeff tetapi Hana masih menerima pelawaan kedua Jeff ke Port Dickson. Kali ini Jeff menyatakan pada Hana, Ramli dan Mastura juga akan turut serta. Dengan alasan yang kukuh itu, Hana telah setuju untuk pergi ke Port Dickson. Tetapi dia merasa hairan kerana sampai ke senja semua kawan-kawan Jeff tidak muncul-muncul juga. Hana mula rasa tidak sedap hati dan telah mengajak Jeff untuk pulang. Dia tidak menyangka Jeff ingin bermalam di situ. Jeff mempunyai kelemahan bila bersama Hana terutama apabila tercium bau rambut Hana. Dalam situasi yang tidak disangka-sangka akhirnya mereka terlanjur. Jeff sebenarnya sentiasa melayan Hana dengan kasar. Dia sendiri tidak pasti adakah dia suka pada Hana atau tidak. Pada masa yang sama dia telah memberitahu Hana dia akan ke US untuk menyambung pengajiannya di atas kehendak keluarganya. Berita ini telah menyebabkan Hana merasa sedih kerana akan ditinggalkan dan yang paling ditakuti andainya dia mengandung. Hana telah meminta kata putus daripada Jeff untuk membawanya ke US ataupun terus melupakan dirinya.
Jeff telah berpesan kepada Pak Su Adli tentang Hana dan sekiranya Hana mengandung dia ingin Pak Su Adli terus menghubunginya. Namun setelah Jeff ke US, sebaliknya telah dilakukan oleh Pak Su Adli.
Hana dan Mak Chak telah ke rumah Datuk Hisham dan Datin Maimunah setelah dibawa oleh Pak Su Adli dan Mak Cik Ani. Mereka berjanji akan memberitahu Jeff perkara sebenar tetapi sebenarnya tidak dilaksanakan malah dia memberitahu Hana bahawa mereka masih lagi tidak dapat menghubungi Jeff. Hana telah dihantar ke Felda Kampung Sg. Lui di Negeri Sembilan sehingga melahirkan seorang bayi perempuan. Hana yang tiba-tiba jatuh dari tangga setelah mendapat berita daripada Mak Cik Ani bahawa Jeff tidak mengaku itu anaknya, walhal perkata itu tidak langsung dikhabarkan pada Jeff di US. Malah Pak Su Adli juga telah mereka cerita tentang Hana yang sudah mendapat penganti Jeff. Setelah Hana melahirkan seorang bayi perempuan, sekali lagi Pak su Adli telah mereka cerita tentang Mak Cik Ani dan nenek yang tidak datang melawatnya kerana sudah penat menjaganya di hospital selama dua hari ketika Hana tidak sedarkan diri. Anak yang dilahirkan oleh Hana pula dikhabarkan kepada Hana telah meninggal dunia. Hana menerima apa yang telah terjadi terhadap dirinya sehingga Hana telah mengambil keputusan untuk menukar namanya kerana ingin melupakan sejarah silam hidupnya
Setelah tujuh tahun, akhirnya Jeff pulang ke Malaysia dan dia akan bekerja di syarikat ayahnya.
Nurul Ain atau The Ice Princess adalah seorang selebriti yang terkenal. Dia telah menjadi seorang pengacara yang profesional sehingga diminati ramai. Gelaran itu diberikan kerana kekebalannya untuk menerima mana-mana lamaran lelaki untuk dijadikan isteri. Berita tentang gosip Nurul Ain dengan mana-mana lelaki yang cuba melamarnya sentiasa menjadi liputan hangat. Datuk Hisham iaitu ayah kepada Jeff dan Datin Maimunah juga meminatinya sehingga menjadikan Nurul Ain sebagai pengacara untuk program syarikatnya. Pada mulanya, Jeff tidak meminati Nurul Ain kerana kesombongan Nurul Ain. Namun, setelah mendapat tahu siapa sebenarnya Nurul Ain, dia mula cuba rapat dan kali ini dia telah meluahkan kata rindu dan akan melamarnya sebagai isterinya. Di samping itu, Nur Afiqah juga sedang mencarinya. Tetapi Jeff tidak mahu Nurul Ain kembali kepadanya kerana Fiqah. Dengan sehabis usaha, dia cuba mengambil hati Nurul Ain supaya Nurul Ain dapat menerimanya bukan kerana Fiqah. Tapi ianya tidak mudah yang dirancang.
Nurul Ain telah melarikan diri dan membuat keputusan untuk menerima lamaran Pengiran Ahmad kerana kecewa dengan perbuatan Jeff dan dia akan cuba membuat tuntutan terhadap penjagaan Fiqah. Namun setelah dia menonton video jejak kasih yang diletakkan oleh Intah Farah di dalam begnya, hatinya tiba-tiba berubah. Rupa-rupanya, Jeff tidak pulang setelah bertemu dengannya di rumah tetamu Pengiran Ahmad di Johor Bahru. Fiqah dibawa bersama. Akhirnya Nurul Ain kembali semula kepada Jeff dan menerima lamaran Jeff.

"Sememangnya Hadirmu Hanya Untukku, Hadirnya Jeff telah ditakdirkan hanya untuk Hana a.k.a Nurul"

8 comments:

  1. Salam. Di mana nak beli novel ini? Puas dah cari tapi tak dapat. Kalau awak nak jual atau sewakan novel ni, saya nak ok. Tq

    ReplyDelete
  2. Wsalam Adrina. Sebenarnya saya pinjam dari kawan. Tapi kalau nak saya belikan pun boleh jugak. e-mailkan pada saya - azniefazlina@gmail.com. Tq

    ReplyDelete
  3. Saya pom nk tlong akk belikan

    ReplyDelete
  4. Kat mana ada jual novel ni ye? Saya minat nak beli. Sedang cuba mengumpul novel2 alina haizar. Baru dpt 2 , AYKT dan Yg terbaru PSMS. Sape ada info tlg inform @ wassap 0192289821.... Tq

    ReplyDelete