Pages

My Quote

My Quote

Saturday 8 March 2014

Biar Rindu Berlalu ~ Sharifah Abu Salem


580 pages & 75 chapters

Novel ke 73
Novel ke 6 - 2014

4 Bintang

Tarikh baca : 24 Februari - 8 Mac 2014

Judul  Novel   :  Biar Rindu Berlalu
Nama Penulis : Sharifah Abu Salem
Tahun             : 2007
Terbitan          : Alaf 21 Sdn Bhd- Karangkraf
Harga              : RM19.90

"Sanggupkah kau biarkan, sekuntum bungan resah terdampar di tepian pantai kasih?"


Drama TV2 - Adaptasi - Biar Rindu Berlalu
Sinopsis Belakang Novel
Sering rindu datang tanpa diundang. Sering pula hati dipersalahkan apabila rindu begitu mendera. Namun, kerana rindu itu dua insan saling berjanji untuk sehidup semati. Dan, kerana rindu itu juga ada insan yang sanggup melupakan janji yang dimaterai.

Janji Khalil dengan Samirah untuk membina istana bahagia, bagaikan sirna kerana permusuhan anak-anak. Fatiha tidak mahu kasih ibu diganti dengan kasih wanita lain kerana merasakan cinta wanita itu tidak seagung cinta ibunya. Nasrul juga tidak sanggup orang asing muncul dalam hidup ibunya. 

Masing-masing menafikan hak bahagia kedua orang tua. Sengketa keduanya berpanjangan, saling membenci dan melukakan. Bagai api yang membakar, kedua-duanya saling menyakitkan. Marah dan dendam mewarnai setiap kata-kata.

Mengenalimu merupakan kenangan pahit dalam hidupku, namun ia juga adalah saat terindah yang tak mungin dapat kutemui sampai bila-bila...

Di saat kemelut  dan persengketaan kian bertandang, Fatiha bagai kehilangan kehidupan... apabila musibah datang menimpa, Nasrul didera rasa bersalah. Fatiha pula tidak mahu mengaku kalah. Dia cuba bangkit dari kehancuran yang sedang didepani. Tanpa disedari, rindu perlahan-lahan datang. Namun dia lebih rela rindu itu berlalu pergi, Dia tidak mahu rindu itu bertamu di dalam hati.

Kerinduan...ia indah, ia resah. Ia melukakan, ia juga membahagiakan.

Assalamualaikum...

Warkah buat Fatiha..
Hidup ini tak seperti yang kita harapkan, Fatiha. Ketika kita mencari bahagia, ia seakan jauh meninggalkan kita. Tika kita ingin melupakan kedukaan, ia seolah-olah semakin kerap mengekori. Siapa kita untuk menolak setiap yang ditentukan-NYA? Siapa kita untuk berasa lebih kuat daripada DIA?
Ada waktu-waktunya, saya seperti tidak percaya melalui saat melukakan itu. Mengenali awak merupakan kenangan pahit dalam hidup saya... namun di sisi lain, saya melihatnya sebagai saat terindah yang tak mungkin dapat saya temui lagi sampai bila-bila.
Begitu pun, menulis dan menyebut nama awak di kejauhan begini masih menjadi perkara terbaik yang tetap akan saya lakukan untuk selamanya. Moga ada waktu untuk kita bertemu..moga ada ruang untuk kita berbicara.
Salam untuk mama, papa dan adik-adik semua...   - Nasrul, Wageningen University of Holland.

Coretan saya
Sebenarnya, secara tidak langsung saya terasa ingin memiliki novel dari karya Sharifah Abu Salem ini setelah menonton drama "Trilogi Cinta" yang dibintangi oleh Rosyam Nor,Amiza Adnan, Fauziah Gous dan ramai lagi pelakon yang lain tapi saya tak ingat namanya.

Saya baru berkesempatan membaca novel ini setelah sekian lama berada di dalam koleksi saya. Almaklumlah novel yang berada di pasaran bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Sampai saya tak terkejar untuk membaca novel-novel  yang telah saya beli. Novel ini saya beli ketika pesta buku di PWTC Jan'12.
Ceritanya best jugak. tapi terpulang pada penerimaan masing-masing. Di penghujung novel ini, ceritanya sangat sedih sehinggakan saya menitiskan airmata. Tapi, saya rasa menyampah dengan watak Suhana Walaupun sudah beberapa jam saya telah habis membacanya, namun perasaan sedih masih lagi terasa. Sungguh pilu. Saya tak sangka dipenghujung cerita ini, ceritanya begitu sedih sekali. 

Tinta Penulis
BIAR RINDU BERLALU..adalah kisah tentang kehilangan dan kesunyian. Tentang kasih sayang dan kekeluargaan. Tentang cinta dan juga kemaafan. Setiap rentetan peristiwa yang tercatat di dalam novel ini adalah kisah hidup kita semua...kita pernah melaluinya tapi kita tidak pernah menyedarinya...

Sinopsis saya
Novel ini mengisahkan tentang halangan-halangan yang ditempuhi oleh Khalil dan Samirah dalam niat mereka untuk mendirikan rumahtangga buat kali kedua setelah bertahun pasangan masing-masing meninggal dunia dan halangan-halangan selepas berkahwin.
Mereka dihalang oleh anak-anak sulung mereka, Fatiha dan Nasrul, ibu mentua dan Suhana. Pelbagai muslihat yang diaturkan oleh Suhana. 
Namun begitu, Nasrul dan Fatiha akhirnya merestui perkahwinan Khalil dan Samirah. Tetapi, tiba-tiba Malina muncul. Malina telah tersalah anggap.   Malina iaitu bekas tunang Nasrul telah cemburu. Fatiha lumpuh akibat ditimpa kemalangan yang dirancang olehnya.
Ipin yang menaruh hati dengan Suraya telah berpakat untuk merebut harta Khalil. 
Pada masa yang sama, Iskandar dan Nisha telah berkawan tanpa pengetahuan keluarga masing-masing. Namun hubungan mereka tidak dapat diteruskan selepas papa dan mama mereka berkahwin dan juga kerana ingin memberi peluang kepada Nasrul dan Fatiha.
Setelah berkahwin, adik-adik Fatiha dan Nasrul telah mula mesra. Nasrul yang merasa dirinya bersalah akibat perbuatan Malina terhadap Fatiha telah cuba untuk menghilangkan rasa ego dan sentiasa melawat Fatiha di hospital. Fatiha dan Nasrul adalah seorang yang keras kepala dan kepala batu. Hanya kerana keegoan masing-masing, mereka berdua sering bersengketa. Namun Nasrul akhirnya mengalah dengan membawa diri jauh di perantauan. Setelah sekian lama Nasrul tidak datang menemui Fatiha, barulah Fatiha merasa kekosongan pada dirinya. Dan akhirnya, Fatiha juga mengalah dengan memaafkan Nasrul. (Babak ini sangat sedih kerana Nasrul tetap dengan keputusannya untuk meninggalkan Fatiha). 
Masalah demi masalah menimpa kehidupan Khalil angkara perbuatan Suhana. 
Tok Wan juga telah dapat menerima Samirah sebagai pengganti Munirah. 
Ipin dan Suhana telah terlantar di hospital kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya.

No comments:

Post a Comment