Pages

My Quote

My Quote

Thursday 24 January 2013

The Wedding Breaker ~ Evelyn Rose


The Wedding Breaker A.K.A Ariana Rose


642 Pages & 62 Chapters

Novel ke 35 (2011-2013)
Novel ke 2 (2013)
4 Star

Tarikh Baca Pertama :
19 Januari 2013 - 24 Januari 2013
Tarikh Baca kedua :
25 Disember 2013
Tarikh Beli   : 28 Disember 2012

Judul Novel : The Wedding Breaker
Penulis         :  Evelyn Rose
Diterbitkan   : Penerbitan Karya Seni
Tarikh Terbit : November 2012
Harga          :  RM25.00



"Selangkah aku menghampiri-Mu, Seribu langkah Kau akan mendekatiku..."

Akhirnya muncul di kaca TV dengan judul drama "Ariana Rose"...tak sabar hendak menontonnya.

Saya terperasan di FB, "The Wedding Breaker" akan diadaptasikan di Slot Akasia TV3 jam 7mlm-8mlm, Isnin hingga Khamis bermula 30 Disember 2013 hingga 13 Februari 2014. Setelah mengetahuinya, saya telah mengulangi membaca novel ini buat kali kedua.  Saya memang suka sangat dengan novel ini dan ia menjadi salah satu "favourite novel" saya.  Bagi saya, novel ini sangat best dan maklumat-maklumat yang diceritakan pun boleh dikatakan infomatif jugak.  Seronok membaca novel ini dan sentiasa menggambarkan watak Tengku Adam Kamil yang handsome itu dan Ariana Rose yang cantik dan gaduh-gaduh sayang. Hmmm... kalau nak dihuraikan memang panjang lebar la ceritanya... so saya cuma nak luahkan keterujaan perasan saya aje...

Sinopsis belakang buku
"Saya memohon maaf kerana mengganggu majlis kalian.  Tetapi sebelum  Tengku Juwita bernikah dengan Tengku Adam, dia wajar mengetahui siapa bakal suaminya yang sebenar..." - Ariana Rose

Ariana Rose. Kehadirannya menyebabkan majlis pernikahan itu terbatal.  Disebabkan gadis itu jugalah, reputasi dan status diri bekas pengantin lelaki itu menjunam jatuh  di  mata masyarakat.  Siapa sebenarnya dia?  Apa tujuannya dan siapa yang menhantarnya untuk merosakkan majlis pernikahan itu?  Tak kira, dia akan menyiasatnya juga!

Akhirnya Ariana Rose terpaksa akur dengan balasan yang perlu diterimanya akibat perbuatannya itu.  Semenjak bertemu dengan lelaki itu, banyak peristiwa yang tak terjangka berlaku dalam hidupnya

"What's so funny?"

"Talking to me?"

"Nah...just talking to the lizard.  See...there... we were talking just now.  I know you won't be able to understand the lizard's language."

Tapi kenapa setelah berlari sejauh ini, lelaki itu masih ditemuinya?  Setelah dia berusaha melupakan semua kenangan itu, kenapa lelaki itu kembali meruntuhkan azam dan semangatnya? Kenapa mesti ada nama itu dalam kamus hidupnya?!

"I'm gonna miss you... I'd rather stay by your side. Always."

"Sayang kat abang rupa-rupanya ya?'

"Mestilah, you are my bubble boo and a naughty one too."

Selama ini sudah banyak perempuan yang lebih cantik daripada dia hadir dalam hidup Tengku Adam Kamil.  Tapi kenapa gadis itu juga yang melekat dalam hati dan ingatannya? Adakah itu petanda yang dia memang ditakdirkan untuk dirinya?

"Satu aje kesalahan awak., Ariana... Awak dah curi hati saya." - Tengku Adam KAmil

Petikan-petikan yang saya suka:-

1.  "I love being around with you.  I nak you dengan I.  I love the fact that I'm the first, and will make sure that nobody else touch you, Ariana...I miss last night like I can't wait for it to happen again tonight...but..." mata Ariana direnungnya.
"But I can't marry you, Ariana.  You cantik.  The most beautiful woman I have ever met.  Thank God you tak jadi model ke artis ke... but.. our status are not the same.  You stay dengan I, I bagi you apa sahaja yang you nak. Kereta? Duit? Rumah. Just say it. I tahu gaji you as a kerani tak cukup, kan?"  Lagak Adam yang terlampau yakin itu, memang menyakitkan hati.  Berlagak.  Sombong.  Memang dia bukan kerabat diraja, bukan kaya raya macam Juwita.  Macam Adam.  Dikatanya aku ini kerani?  Okey, tak salah jadi kerani tapi dia lulusan sarjana dari Cambridge la.

2.  "Cinta kita pada Allah akan memandu ke arah kehidupan kita...Bila awak menjadi isteri saya , saya percaya you will please me as much as you pleased your parents kerana waktu itu syurga awak terletak on my blessing, my pleasure  as long as it is within the syariah.  Awak tahukan keislaman kita terpancar pada apa?
"Dari akhlak.  Akhlak tu lambang kesempurnaan iman.  Islamkan diturunkan untuk menjadi panduan kita dalam kehidupan, bukan semata-mata untuk dihafal..."

Maklumat-maklumat yang infomatif :-

1.  Cacat Penglihatan boleh  menggunakan perisian yang boleh membantu mereka membaca. - JAWS.
Bahan bacaan diimbas menggunakan pengimbas khas, perisian itu akan membacakan bahan bacaan tersebut kepada pengguna melalui komputer.

2. Ovum perempuan mempunyai satu atau dua saja.  Kalau  kes kembar yang tidak sama paras, yang menentukan variasi dalam genetik anak adalah sperma lelaki sebab sperma lelaki berjuta-juta jumlahnya. Yang menentukan jantina lelaki atau perempuan pun sperma lelaki juga yang memainkan peranan kerana sperma lelaki lah yang membawa faktor Y atau X.  Apabila faktor Y yang bercantum dengan ovum yang membawa faktor X, maka terlahirlah anak lelaki.  Jika sperma yang membawa faktor X yang bercantum dengan ovum, maka terlahirlah anak perempuan.

3.  "Pernah disentuh oleh lelaki lain boleh membawa tiga situasi yang berlainan.
Satu, perempuan yang sudah bergelar janda. Dua, seorang perempuan yang terlanjur dan tiga, seorang perempuan yang diperkosa".
Jika kesnya adalah yang pertama, sama ada dia bergelar janda kerana diceraikan atau kematian suami, hubungannya dengan suaminya dulu adalah satu ibadah di mata Tuhan.  Jika perbuatannya dulu tidak salah di sisi Allah, malah mendapat keberkatan pahala kerana  menggembirakan hati suami, maka siapa saya untuk  memandang hina kepada mereka? Wajarnya penghormatan perlu diberikan kepada golongan ini. Jika kesnya adalah yang kedua, dan wanita itu sudah bertaubat nasuha.  Di mata Tuhan dia adalah kain suci yang bersih, jadi kenapa perlu saya memandang rendah padanya?  Menghukumnya?
Dan jika kesnya adalah yang ketiga, wanita yang diperkosa adalah orang yang teraniaya.  Mengahwini golongan ini adalah satu penghormatan untuk lelaki kerana diberikan peluang untuk membela nasib wanita, melindungi mereka..."

4.  London School of Economy, university yang mendapat ranking pertama dalam bidang ekonomi di United Kingdom.

5.  Pangkat-pangkat mengikut Hirarki England -
    1. King, 2. Prince, 3. Duke, 4. Marquess, 5. Earl, 6. Baron, 7. Baronet, 8. Knight

6.  Bahasa Itali -  Signorita posso aiutarti? -Cik, apa yang boleh saya bantu?

7.  Sifat-sifat umum setiap bangsa sesebuah negara -
  • Amerika agak agresif dan bebas bersosial, tapi juga peramah
  • British lebih pemalu dan sangat beradab caranya tapi apabila bercinta, mereka menggunakan bahasa kasar untuk menutup malu.
  • Irish kebanyakkannya nampak sedikit kasar tapi kelakar terutamanya yang berada di sebelah pedalaman.
  • Perancis, bercinta adalah perkara normal.
  • Sweden agak pelik dan berbeza.  Warga Sweden lebih individualistik tetapi tidak apabila tiba di hujung minggu. Mengajak orang yang baru dikenali untuk mengadakan seks adalah perkara biasa apabila bersosial pada hujung minggu.
  • Lelaki Netherland yang pemalu.  Bersentuhan selalu menjadi  kesalahan di Netherland. Si perempuan perlu membuka langkah menggoda si lelaki jika mahukan perhatian.
8.    Usrah dari segi bahasa membawa maksud keluarga.
Satu perjumpaan dan aktiviti yang mampu mengeratkan ikatan ahlinya.  
Rukun usrah adalah tiga, iaitu taaruf, tafahum & takaful yang bermaksud saling mengenali antara satu sama lain, memahami isi hati dan pendirian masing-masing & saling menjaga seta mengambil berat hal ehwal   ahli. Usrah bertindak seperti memberi peruntukan masa untuk mengukuhkan lagi ikatan kekeluargaan

9.  Al-Mathurar - zikir dan bacaan doa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW & para sahabat.
Diamalkan oleh pemimpin Islam tersohor Imam Hassan Al-Bana.

10.  Kajian Antropologi menyatakan perempuan apabila melakukan tugasan lalaki, mereka akan merembeskan hormon testosteron, iaitu hormon yang akan memberi tekanan kepada perempuan, tapi menambah kan ketenangan kepada lelaki.

11. Waktu kesuburan - Ovum akan keluar pada hari ke 12 kitaran haid dan bagi kitaran yang sekata, 28 hari setiap pusingan.

12.  Tempat-tempat - Mont Blanc, France
  • Pekan Chamonix - adalah pekan yang kecil, pembangunan pun tidak seberapa, setakat deretan kedai setingkat sahaja tapi cukup cantik dengan berlatar belakangkan banjaran Alps.
  • Aiguille de Midi Cable Car merentasi pergunungan di sekitar Chamonix.  Kereta kabel yang mengangkat sehingga ke sembilan ribu kaki dari permukaan tanah.  Di bawa ke Plan de I'Aiguille kemudian ke Les Pelerins Glacier sebelum ke utara Aiguille di Midi.
  • Dari ketinggian sembilan ribu kaki persegi dapat melihat dengan jelas banjaran Alps di Itali, France dan Switzerland.
13.  Keluasan alam - 510 juta kilometer persegi untuk keluasan bumi.  Keluasan keseluruhan alam termasuk  bulan, bintang galkasi - 170 billion galaxies- 1 galaksi - about 10 million to 100 trillion stars.

14.  Pelukan yang berlaku sekurang-kurangnya selama 20 saat mampu mengurangkan tekanan darah dan jumlah Cortisol, sejenis hormon yang dirembeskan oleh manusia sewaktu mengalami tekanan.  -  kajian University of North Carolina.


Surah-surah:-

1.  Surah an-Nisa-ayat 111
"dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya dia hanya mengerjakannya untuk menjadi bala bencana yang menimpa dirinya sendiri dan ingatlah Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana..."

Hadis:-

1.  Sesungguhnya salah seorang daripada kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari air mani, kemudian menjadi segumpal darah, kemudian menjadi seketul daging, iaitu 40 hari, kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkannya menulis empat kalimat, iaitu rezekinya dan umurnya dan amalnya dan celakanya atau bahagianya...
(Hadith 4 Iman Nawawi, diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

2.  Setiap umat Aku diberi keampunan dari Allah SWT melainkan orang yang mujahirah.  Yang dikatakan orang yang mujahirah itu ialah dia melakukan sesuatu amalan yang aib pada malam hari, kemudian pada waktu pagi dalam keadaan Allah telah menutup keaibannya, dia berkata, wahai polan, aku telah melakukan perbuatan itu dan ini malam tadi...Sedangkan Allah SWT telah menutup aibnya pada malam hari, sebaliknya apabila pagi dia menghebahkan pula perkara yang Allah telah tutupkan untuknya. (Riyawat al-Bukhari dan Muslim).

3.  Jauhilah perkara-perkara keji yang telah dilarang oleh Allah.  Sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menutupinya dengan tutupan Allah.  Ini kerana jika sesiapa menampakkan perkara keji yang dilakukannya kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah Azzawajalla. (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan al-Hakim)

4.  Sabda Rasulullah SAW - Wanita dinikahi kerana empat perkara.  Iaitu kerana hartanya, kerana kedudukannya, keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya maka, pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung.

Kata-kata

1.   "It's has been written.  Learn your lesson and live your life like it never happen unless you wanna die regretting, and unless the regret can undo the damage that has done"

2.  " When you hear a song, you can play it.  When you hear your heart sings, you change it into tunes and that is what my heart sings about you."

Coretan akhir saya
Hmmm...itu lah sedikit sebanyak ilmu yang saya perolehi daripada novel "The Wedding Breaker". Banyak juga perkara-perkara yang sebelum ini saya kurang faham tetapi setelah membaca novel ini..Alhamdulillah..semuanya sangat jelas... Terima Kasih kepada Evelyn Rose di atas pengkongsian ilmu di dalam novel  ini.  "SHARING IS CARING"