Pages

My Quote

My Quote

Monday 9 June 2014

Suamiku, Encik Perfect 10! ~ Syamnuriezmil

"Entah dari mana dia datang, aku tidak pasti.  Yang aku pasti, dia membawa cintanya sekali!"

597 pages & 56 Chapters


Novel ke 80
Novel ke 13 ~ 2014

Tarikh Baca  :  3 Jun 2014 - 9 June 2014

Bintang         :   3.5

Judul  Novel  :  Suamiku, Encik Perfect 10!
Penulis           :  Syamnuriezmil
Tarikh Terbit  :  2012
Terbitan         :  Karya Seni
Harga            :  RM23.00/RM26.00 (Sem/S&S)




Sinopsis Belakang Buku


PERTEMUAN yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu, demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen.  Janji yang telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertakhta dalam hati.

"Abang, orang kahwin pun tak pegang tangan bini dia sebegini teruk, tau! Sampai tak boleh bernyawa tangan Leeya ni." - Aleeya Azmeen

"Peduli apa Aleeya nak cakap apa pun. Asalkan Aleeya selamat dalam pegangan abang! Abang tak kisahlah apa orang nak cakap." - Zarief Danial 

Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula kasih dari Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan. Azura Hanim pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen. Aleeya Azmeen menjadi keliru apabila terpaksa memilih di antara cinta terhadap Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial.

"Aleeya dah jumpa ke lelaki perfect 10 tu?" - Zarief Daniel

"Dah, tapi dia milik orang," - Aleeya Azmeen

Siapalah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen?  Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial?  Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari encik perfect 10, sepertimana yang dia harapkan?



Secebis Coretan Dari Saya
Novel ini dibeli kerana mendengar desas desus yang menyatakan ia akan diadaptasikan kepada sebuah drama di kaca TV "ASTRO FIRST". Disebabkan Aaron Aziz yang berlakon di dalam drama ini, saya begitu teruja dan tidak sabar untuk mendapatkan novel ini. Apatah lagi Lisa Surihani juga berlakon di dalam drama ini. Orang kata, tak dapat tengok drama pun tak apalah asalkan dapat membayangkan wajah-wajah pelakonnya di dalam novel.  Hahaha...angau tu..
Hhmm.. Dari Sinopsis di belakang buku, ceritanya amat mendebarkan. Susah betul nak membayangkan pilihan yang patut dibuat oleh Aleeya. Bila baca pada tajuknya, ceritanya menggambarkan macam biasa-biasa aje..tapi baca punya baca nak tunggu mereka bersama sebagai suami isteri yang sah sangat lama. Bila dah nak habis..sedih la pulak. Namun begitu, ceritanya tetap "Happy Ending". Saya sangat happyyy...

Sinopsis Saya
Aleeya dan Zarief terpaksa berlakon menjadi suami dan isteri palsu di hadapan ibu Aleeya semata-semata untuk mengelak daripada dirinya dimarahi ibunya kerana mengandung anak luar nikah. Aleeya dirogol ketika di UK oleh Syed Muzaffar kerana cemburu. Akibatnya, selama seminggu Zarief dengan rela hati menjadi suami palsu Aleeya ketika berada di rumah Aleeya di Sungai Petani.
Setelah seminggu berada di sana, akhirnya mereka sama-sama ke Ipoh dan membawa haluan masing-masing.  Walaupun layanan Zarief sepuluh per sepuluh sebagai seorang suami palsu, tapi Aleeya tetap enggan menerima lamaran Zarief untuk menjadi suami yang sebenar kerana Zarief sudah bertunang dengan Azura. Namun begitu, perasaan Zarief dan Aleeya tidak dapat dibohongi untuk mencintai sesama sendiri.
Halangan yang seringkali muncul, menyebabkan cinta mereka menjadi tenggelam timbul. Syed Mustaffa, ayah kepada Syed Muzaffar telah berjaya mencari Aleeya dengan pertolongan penyiasatnya dan telah meminta Aleeya berkahwin dengan Syed Muzaffar untuk mendapat harta Syed Mursyid. Sebelum itu, Sharifah Haslina juga telah bertemu dengan Aleeya di butik Chenta Khayra. Syed Muzaffar telah lumpuh separuh badan dan ke bawah akibat kemalangan jalan raya. Syed Muzaffar koma beberapa minggu setelah jatuh dari katil.  Nasmina iaitu bakal isteri Syed Muzaffar pula meninggal dunia dalam kemalangan tersebut. Aleeya yang bersimpati dengan nasib Syed Muzaffar telah bersetuju untuk menerima Syed Muzaffar kembali.  Tetapi dengan syarat, Syed Muzaffar perlu sedar dari koma sebelum hujung bulan.
Zarief pula telah difitnah oleh Azura dengan gambar-gambar bogel Zarief dan Azura yang diambil oleh Akram. Gambar-gambar tersebut telah di e-melkan oleh Akram ke e-mel Datuk Arshad.  Datuk Arshad telah membuat keputusan untuk mempercepatkan pernikahan Azura dan Zarief kerana Azura telah mengandung. Tapi, rancangan Azura kali ini gagal kerana Akram muncul di majlis pernikahan mereka dan memberitahu Azura telah mengandungkan anaknya. 
Zarief dan Toh Zaharah berkejar ke Sungai Petani setelah mendapat berita tentang suami Aleeya pengsan. 
Aleeya dan Syed Muzaffar telah sah menjadi suami isteri tapi hanya untuk seketika sahaja. Syed Muzaffar akhirnya meninggal dunia. Lagu yang menjadi kegemaran Aleeya "Sedetik Lebih" nyanyian "Anuar Zain" memang menyentuh perasaan.  Ketika di hospital Zarief mendengar perbualan Aleeya dengan Syed Muzaffar tentang masa depan. Aduhhh...sedih betul hati Zarief sehinggakan dia sanggup meninggalkan hospital itu.  Namun, jodoh mereka tidak ke mana. Di mana mereka mula-mula bertemu, di situ lah dia menyambung semula ikatan cinta mereka yang telah terputus. 

Quote
"Love is a gamble, sometimes you win, other times you lose. But no matter what your cards are in this gamble, whether , spade,  or diamond, remember, never ever play with the heart."

SEDETIK LEBIH ~ ANUAR ZAIN
Setiap Nafas Yang Dihembus
Setiap Degupan Jantung
Aku Selalu Memikirkanmu

Dalam Sedar Dibuai Angan
Dalam Tidur Dan Khayalan
Aku Selalu Memikirkanmu

Ternyata Ku Perlukan Cinta Dari Dirimu Sayang
Barulah Terasa Ku Bernyawa

Kasihku Ku  Amat Mencintai Kamu
Kerana Kau Beri Erti Hidup
Ku Kan Terus Mencinta Sedetik Lebih Selepas Selamanya

Di Kala Penuh Ketakutan Dengan Badai Kehidupan
Ku Bersyukur Adanya Kamu

Biarlah Kehilangan Semua Yang Dimiliki Di Dunia
Asal Masih Adanya Kamu

Sunday 1 June 2014

13 Jam A380 - Evelyn Rose

"... dan Dialah yang mengetahui jiwa setiap hamba Nya...

752 Pages & 72 chapters


Novel ke 79
Novel ke 12 - 2014

Tarikh baca      : 27 Mei 2014 - 01 Jun 2014

Bintang             : 4.5

Judul Novel       : 13 Jam A380
Penulis              : Evelyn Rose
Tarikh Terbit     : Ogos 2013
Terbitan            : Karya Seni
Harga               :  RM28.00/RM31.00 (Sem/S&S)




Sinopsis Belakang Buku
13 jam di dalam penerbangan ke London menaiki MAS A380, takdir menemukan Hana Sofea dan Syed Haydar, Jejaka idamannya. Mencipta kenangan terindah di langit biru.

Mereka bergelar kekasih kayangan untuk empat jam, menari tango bersama, menjelajah seluruh pesawat bersama, merasai enaknya Caramel Latte bersama... Tapi tatkala MAS A380 mencecah lantai bumi, segalanya pergi bagai wap di udara.

"Hana, thank you for last night... But I can't have cocaine all the time."  SYED HAYDAR


Melihatkan sendiri kemesraan Syed Haydar dan kekasih realitinya, si model jelita membangkitkan Hana Sofea daripada mimpi indah.


Di kota London, A380 juga akhirnya menerbangkan Hana Sofea kepada Fawwaz Hussaini, Jutawan kacukan Melayu-Inggeris-Arab. Tanpa sebarang sebab, Emmel, anak angkat Fawwaz menyangkakan Hana Sofea ialah ibunya.

"My daughter likes you. If you're willing to let her call you mommy... I will pay you fifty buck per hour..." - FAWWAZ HUSSAINI
"Dapat hadiah tak?" - HANA SOFEA
"A pink Audi TT, is that okay?" - FAWWAZ HUSSAINI
"Saya nak Audi TT yang latest version ahe.  Yang lain saya tak nak."HANA SOFEA

Hadirnya Hana Sofea menhiasi kehidupan mereka sekeluarga bagaikan indahnya bunga popi mekar, munculnya sang jutawan bermata ambar yang kuat pegangan agamanya itu dalam hidup Hana Sofea pula bagai menyedarkan Hana Sofea tentang kasih sayang Tuhan. Dan saat semuanya bagaikan baru bermula, Syed Haydar datang menuntut sebuah cinta...

"Saya rindu awak, Hana... Jangan cakap awak dah kahwin dan budak ni anak tiri awak, Hana." - SYED HAYDAR


Adakah mimpi akan kekal sebagai mimpi setelah waktu berlalu dan hari berganti?


Assalamualaikum..

Secebis Coretan Dari Saya
Buku ini dipinjamkan pada 27 Februari 2014. Seperti biasa, setiap kali selepas membaca sesebuah novel saya ingin berkongsi atau meluahkan pandangan tentang buku yang dibaca. Buku ini boleh dikatakan sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada saya tentang ilmu agama.  Kalau nak diulas tentang kisah cinta..mana-mana novel pun sama cuma bagi saya Evelyn Rose memang pandai berkarya, dan pandai berimaginasi. Membuatkan saya terbuai di kayangan seperti Hana.  Kisah Hana, Haydar dan Fawwaz. Haihhh...tak boleh nak kata "no" untuk novel Evelyn Rose ni. Memang superb penulisan beliau. Dan kepada sesiapa yang belum memiliki, tak rugi memilikinya. Almost 5 star la rate yang boleh diberi. Kali ini saya tidak mahu membuat sinopsis tentang novel ini kerana biarlah pembaca-pembaca sendiri menghayati jalan ceritanya. Buku ini juga banyak berkongsi tentang ilmu agama, kewujudan agama, Resolusi, Pengetahuan Am, tempat-tempat di Surrey, UK, kisah-kisah nabi dan juga keadaan di dalam Airbus "A380". Rasa insaf wujud di hati ini apabila membaca novel ini.  Terbaeekkk...