Pages

My Quote

My Quote

Saturday 11 January 2014

Curi-Curi Suka ~ Liyana Zahim


502 Pages & 90 Chapters


Novel ke 68 (2011-2014)
Novel pertama - 2014
3 Star

Tarikh baca : 5 Januari 2014 ~ 11 Januari 2014

Judul Novel  : Curi-curi Suka
Penulis         :  Liyana Zahim
Terbitan       :  2012
Diterbitkan   : Grup Buku Karangkraf Alaf21
Harga           : RM21.00

"Diam-diam jiwa merindu
Senyap-senyap hati terpaut"


Sinopsis 


Walaupun dibuang ibu dan kakak kandung, Wisya tabah berdepan dengan apa jua rintangan.  Dengan titik peluh sendiri dan sokongan kawan-kawan, dia berjaya melanjutkan  pelajaran hingga ke peringkat ijazah. Insiden jatuh tangga di perpustakaan membuatkan dia malu bertahun-tahun. Apatah lagi disaksikan pula senior bernama Daniel dan Ezroy yang langsung tidak pernah dikenalinya. Sejak detik itu, dia asyik terserempak dengan mereka. Daniel suka menyapa. Ezroy pula suka memerli. Rimas dia dibuatnya!

Malapetaka makin menjadi-jadi apabila pada cuti semester itu dia bekerja sementara sebagai guru tuisyen di sebuah rumah. Rupa-rupanya rumah itu kediaman keluarga Ezroy! Berdepan dengan lelaki itu memang menyakitkan hati. Ada sahaja yang hendak digaduhkan. Berbeza betul dengan kembar lelaki itu.  Ezril berbudi bahasa dan baik pekertinya. Dalam diam, dia curi-curi suka pada seseorang.  Entah siapalah yang telah mencuri hatinya. Alangkah indahnya perasaan apabila yang dicintai itu juga mencintainya. Tetapi mengapa setiap orang yang dia sayangi seakan-akan menjauh? Bagai ditakdirkan tiada sesiapa yang berhak dikasihinya.

Sedikit Coretan & sinopsis saya
Buku ini dipinjamkan oleh Shareen.  Sudah lama saya ingin membeli novel ini. Tetapi disebabkan terlalu banyak sangat novel baru yang berada di pasaran, maka saya tak berkesempatan untuk memilikinya. Namun begitu, terima kasih buat Shareen kerana sudi meminjamkan saya novel ini. Bermula dari bab pertama cerita di dalam novel ini telah membuatkan saya tidak mahu melepas babak-babak yang terkandung di dalamnya. Saya begitu tidak sabar ingin mengetahui apa yang akan berlaku selepas satu persatu kejadian.  Jom, saya berikan sedikit sinopsis dari novel ini.  Almaklum lah saya tidak begitu pandai mengolah sinopsis ni sebenarnya.

Novel ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Wisya Areej Mohd Rizan yang disisih oleh ibunya dan juga kakaknya. Dia amat gemar bermain puzzle. Kehidupan Wisya seolah-olah tidak mempunyai keluarga kandung dan setiap kali cuti semester dia terpaksa bercuti bersama keluarga kawan baiknya, iaitu Dasyila. 

Ezroy adalah seorang lelaki yang berperwatakkan kasar.  Dia diketemukan ketika kejadian perlanggaran di tangga dan dari hari ke hari dia sentiasa terserempak, tapi dengan layanan yang sentiasa kasar. 

Wisya mula mengenali Ezril, iaitu saudara kembar Ezroy ketika menjadi guru tuisyen kepada Zaryn. Iklan "Guru Tuisyen Diperlukan" telah diiklankan oleh Ezroy di UITM.  Tujuan ibubapanya mencari guru untuk mengajar di rumah adalah untuk mengelakkan Zaryn daripada bersosial dengan lelaki selepas waktu kelas tuisyen.  Wisya yang ingin mencari kerja sambilan ketika cuti semester telah memohon jawatan tersebut. Perebutan untuk memiliki hati Wisya telah berlaku antara Ezril & Ezroy.  Daniel juga tidak ketinggalan ingin merebut hati Wisya.  Tetapi dia sedar, bahawa Ezroy juga menyukai dan mencintai Wisya.  Setelah Ezroy mengetahui Ezril juga meminati Wisya, dia begitu cemburu dengan kemesraan Ezril sehingga menyebabkan perselisihan faham dan fitnah.  Perasaan Ezril terhadap Wisya hanya di simpan dalam hatinya. Tidak sanggup diluahkan demi memberi ruang kepada adik kembarnya Ezroy.  Namun, Ezroy yang kuat cemburu itu telah meninggalkan Wisya tanpa mengetahui berita gembira yang ingin disampaikan oleh Wisya.

Akhirnya Wisya dapat bertemu semula maknya ketika melawat kakaknya, Nardine yang sedang terlantar di hospital akibat mengidap penyakit siplis. Maknya sudah insaf di atas kesilapan yang dilakukan terhadap Wisya.  Dan akhirnya Wisya mengecapi bahagia bersama maknya, suami dan keluarga mentuanya.  Nardine telah meninggal dunia ketika rawatan di hospital.

Petikan-petikan Infomatif
"Laws students lepas grad kami kena jalani latihan dalam kamar atau dalam bahasa Inggeris dipanggil chambering.  Tempoh chambering mesti sembilan bulan. Dan dalam tempoh tu kami digelar pupil. Lepas sembilan bulan baru boleh dapat gelaran lawyer dan dapat pengiktirafan peguam cara atau peguam bela mahkamah tinggi." ~ Ezril

"Dalam tujuh tahun, ada senior lawyer yang dipanggil master akan train kita orang." ~ Ezril

"Hidup ni macam jigsaw puzzle. Without all the pieces, it will not complete no matter how hard you try. Even if only piece is missing or you put it at the wrong place, it won't fit."~ Wisya

Ungkapan

"I'm here to wipe away your tears. I'm here to reach your heart, to wipe out your sadness. And I'm here to give you a kiss to make you stronger to face anything and everything. ~ Ezroy 

No comments:

Post a Comment