Pages

My Quote

My Quote

Friday 17 January 2014

Terukir Cinta ~ Anna Lee


615 Pages & 80 Chapters + Prolog + Epilog
                       

Novel ke 69 (2011 - 2014)
Novel ke 2 - 2014                                      
4.5 Star

Tarikh Baca : 12 Januari 2014 - 17 Januari 2014

Judul Novel :  Terukir Cinta
Penulis  : Anna Lee
Tarikh terbit : Oktober 2013
Penerbitan : Idea Kreatif
Harga : RM24.00


"Benarkah masa pengukur utuhnya sebuah cinta?


SINOPSIS

Nadia yang polos, Nadia yang setia.  Dia cuma perlukan dua K dalam hidupnya.  Kerjaya dan Kahwin.  Kerjaya?  Dia boleh memohon kerja. Tapi kahwin?  Hah, itu yang susah!

Lima tahun bertemankan Imran, segalanya nampak mudah tetapi apabila emak mula mendesak soal kahwin, semuanya menjadi payah.  Jawapan Imran buat hatinya naik geram.

"Alah. Pandai-pandailah awak goreng mak awak tu." - Imran
"Awak, dia mak saya tau.  Kalau awak, dah lama saya buat Imran-goreng-sambal-belacan!" - Nadia

Kesabaran Nadia sampai ke kemuncaknya apabila Imran mula mencabarnya.  Tanpa berfikir panjang dia nekad melamar lelaki yang kebetulan lalu di situ.

"Awak, nak kahwin dengan saya tak?" - Nadia 
"O...key.  Bila?"  Tergagap-gagap lelaki itu menyatakan persetujuannya.

Di mata Nadia, lelaki itu nampak serabai tetapi apa dia kisah.  Niat hatinya cuma satu, nak-buat-Imran-cemburu!  Namun siapa sangka tindakan nekad itu, merubah corak hidupnya.  Pertemuan demi pertemuan berlaku selepas itu.  Siapa sangka juga, si serabai yang mata merah macam mat gian itu pakai kereta Audi yang 'seksi'.

"Mesti awak ingat saya ni pencuri kereta, kan?" - Khalif
"Tak.  Mula-mula saya sangka awak ni mat gian.  Tapi tak sangka rupanya awak ni mat gian campur pencuri kereta!" - Nadia

Mereka bertemu lagi tapi kali ini si serabai sudah berubah rupa, smart dan bergaya.  Waktu itu, si serabai mengaku dia seorang driver.  Siapakah dia sebenarnya?

Makin lama, mereka serasi bersama tapi, Imran bagaimana?  Apa akan berlaku apabila Nadia tahu siapa Khalif sebenarnya?  Siapa yang Nadia pilih, Imran atau Khalif?

Berjayakah Nadia mendapatkan dua K yang sangat penting dalam hidupnya?

PANDANGAN SAYA

Best..best..best..sangat best.
Buku ini dipinjamkan oleh Puan Rozie.  Dia kata ceritanya best.  Memang tak tipu lah...ceritanya memang best.  Saya boleh membayangkan watak-watak dalam novel ini.  Watak Khalif sangat romantik tapi saya tak tahan dengan watak Nadia..tak boleh diungkapkan kat sini..kena baca sendiri.  tapi ia sebuah novel romantik yang tak jemu untuk dibaca berulangkali.

QUOTES

'Life isn't about finding yourself, life is about creating yourself' - George Bernard Shaw
kata-kata yang diselitkan di novel ini memang betul.  Saya memang setuju sangat.

' If you love something let it go, if it comes back to you it's your, if it doesn't, it never was.

' The greater the love, the greater the tragedy when it's over.

' Life is about finding & creating yourself. Then, you will found someone to love'till the end' - Julia Esqa

Babak yang melucukan dan mencuit hati saya dan membuatkan saya ketawa... kelakar sangat

Seperti yang diarahkan, aku menunggu Khalif bersebelahan dengan kedai seven eleven.  Tidak sampai setengah jam ternampak kereta Khalif berhenti betul-betul di depan kedai itu serentak itu telefon bimbit aku berbunyi.
"Awak dekat mana? Saya dah sampai ni." Terdengar suara Khalif bertanya.
"Ya, saya nampak awak."  Aku segera mematikan panggilan tersebut dan bergegas menuju ke arah kereta mewah itu sambil memerhati keadaan sekeliling, mujur kawasan itu tidak ramai orang lalu lalang.
Tanpa dijemput masuk aku segera membuka pintu kereta tersebut, namun sebaik sahaja aku melihat pemandunya tiba-tiba jantung aku berdegup pantas. Tidak berkelip aku melihat wajah lelaki itu, dia juga sama kelihatan tergamam memandang wajah aku. Serentak itu telefon bimbit aku berbunyi.
"Sayang, awak salah kereta tu... kereta saya kat belakang ni." Serentak itu aku terdengar Khalif ketawa geli hati.

Sesungguhnya.."JODOH & PERTEMUAN ADALAH DI TANGAN ALLAH"

No comments:

Post a Comment