Pages

My Quote

My Quote

Wednesday 25 December 2013

Cinta Untuk Sedetik Lagi ~ Ezza Mysara


Novel ini dipinjamkan oleh Shareen.  Thanks Shareen for borrowing me this book..
Setelah saya membaca novel ini, saya rasa banyak yang boleh saya kongsikan cerita di dalam novel ini. Tapi, malangnya saya tidak tahu bagaimana untuk mengolahnya..& yang pasti novel ini mempunyai cerita yang sangat menarik dengan cara penulisannya yang tersendiri dan kalau dibaca dengan kusyuk, jalan ceritanya agak sedih dan penuh dengan tanda tanya ataupun lain-lain perkataan..suspen.
~Kisah Farafeesa & Ezrakil
~Kisah Faraneesha & Nazreen
Tak rugi kalau ingin memiliki sendiri novel ini..

"Ketika cintamu menjadi lukaku, 
tidakku peduli akan keperitannya..
Walaupun cinta datang sedetik cuma,
Namun bahagia pasti milik kita
Selamanya..."
815 Pages & 69 Chapters

Novel ke 67 (2011-2013)
Novel ke 31 (2013)
3.5 Star

Tarikh baca : 11 Disember 2013 ~ 25 Disember 2013

Judul Novel      :  Cinta Untuk Sedetik Lagi
Penulis              : Ezza Mysara
Tarikh Terbit     : Ogos 2012
Penerbitan         : Karya Seni
Harga                : RM28.00






SINOPSIS

NAILA FARAFEESA merasakan yang dunia seakan-akan terhenti saat dia menerima khabar tentang penyakitnya.  Lantas cinta yang menghuni rasa hati terpaksa ditolak tepi demi kebahagiaan insan-insan yang tersayang.  Dia tekad untuk menjodohkan lelaki yang dicintainya bersama kakak kembarnya yang baru kehilangan tunangnya.  Tapi hati tak mampu menipu bila lelaki bernama Ezrakil itu semakin bertakhta dalam hati.

"Setakat Ezrakil yang pakai kereta Honda tu, aku tak pandanglah.  Duit berkepuk-kepuk, tapi kedekut yang amat! Segala benda dalam ofis dia nak catu! Entah-entah kasih sayang dia pada kekasih pun dia nak berkira nanti! Lagipun, dia tu tak cukup handsome macam Remi Ishaklah!" - Naila Farafeesa

"Sebab tak cium atau tak peluk awak, sebab tu awak rasa saya tak sayangkan awak? Macam tu? Hei, saya boleh bagilah semua tu... tapi dengan syarat awak kena jadi seorang yang halal di sisi agama untuk saya." - Ezrakil


NAILA FARANEESHA mula hilang percaturan lantas melumpuhkan jiwanya untuk bercinta lagi lantaran pemergian tunang tersayang. Tapi kemunculan seorang lelaki bernama Nazreen yang sifatnya persis arwah telah menghentak naluri hatinya. Menyingkap sehelai demi sehelai kenangan yang pernah terukir cantik. Kenapa lelaki ini mampu membuatkan jantung Faraneesha berdebar sama seperti ketika dia bersama Luqman?

"Neesha, saya betul-betul sayangkan awak. Tapi saya tak tahu sama ada awak sayangkan saya sebab saya ataupun kerana saya adalah pemilik hati Luqman!" - Nazreen

Simpulan kasih ini perlu dileraikan tanpa memutuskan talinya. Dan pada  saat Farafeesa memerlukan perhatian dan kasih sayang, ibunya yang dulu menjauh semakin dingin terhadapnya.  Adakah sepanjang Farafeesa masih bernyawa, dia mampu mendapatkan kasih sayang dari insan-insan yang disayanginya? Dan masih adakah ruang dalam hati Faraneesha untuk menemui pengganti yang lebih baik? Semuanya kisah cinta mereka berdua akan terjawab dalam Cinta untuk Sedetik Lagi...

PETIKAN
Komen saya :Petikan ini membuatkan saya merasa terharu apabila membacanya.  Agak sedih jugak la, sebab Farafeesa seorang yang keras hati dan sentiasa menolak cinta dari Ezrakil.  Kesian Ezrakil..

Ezrakil sudah bertekad.  Kerana terlalu menyayangi Farafeesa, dia sanggup untuk melepaskan Farafeesa.  Biarlah gadis itu mencari kebahagiaanya di luar sana.  Tapi andai kata Farafeesa tidak bertemu dengan mana-mana pintu kebahagiaan,  pintu hatinya tidak akan pernah tertutup buat Farafeesa.  Sekali dia cinta, selamanya cinta itu tetap akan ada.  Walaupun hanya tinggal sedetik lagi, dirinya akan terus mencinta..Sampai ke syurga.

Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi, kasih Tuhan tiada terperi, sayang Tuhan janjinya pasti...Kerana hakikatnya, kasih sayang manusia itu tidak mampu melawan kasih sayang Allah!

INFO
Sedikit maklumat yang boleh dikongsikan bersama.

1.  Solat Sunat Hadiah
Solat sunat hadiah ini bertujuan untuk menitipkan pertolongan & berdoa pada arwah yang telah pulang ke rahmatullah.  Islam menganjurkan kepada keluarga yang meninggal itu melakukan solat sunat hadiah sebagai sedekah kepada si mati yang telah pergi.

No comments:

Post a Comment