Pages

My Quote

My Quote

Sunday 13 April 2014

Yang Indah Hanya Mimpi ~ Sharifah Abu Salem

"Jangan bermimpi tentang cinta andai tak bisa memaknakannya"


Novel ke 75
Novel ke 8 - 2014

Tarikh Baca - 17 Mac 2014 - 13 April 2014

Bintang : 3.5

Judul Novel   :  Yang Indah Hanya Mimpi
Penulis           :  Sharifah Abu Salem
Tarikh Terbit  :  20 Ogos 2012
Terbitan         :  Alaf 21 Grup Karangkraf
Harga             : RM30.00




Sinopsis belakang buku

Razif dan Norjinah - waktu mencemburui kebahagiaan mereka. Konflik rumah tangga yang membadai tidak pernah surut. Razif kecewa, Norjinah ada lelaki lain. Adakah kerana dia sudah tua, maka Norjinah beralih kasih pada yang muda? Kalau begitu... dia pun mampu pasang dua! Retak seribu hati Norjinah dituduh curang oleh si suami. Kasihnya pada lelaki kedua hanya sekadar lakonan, sedangkan di hatinya cuma ada satu nama. Razif! Tapi mengapa Razif sanggup menduakannya?


"Siapa yang cintakan Ji tak penting, bang. Siapa yang Ji cinta, itu yang penting."

Norseha dan Badrul - hidup mereka terus berantakan. Norseha benci dengan kelahiran Lukman. Jangankan mahu pegang, pandang pun tak sudi. Hiba hati Badrul melihat Lukman seperti yatim piatu disisih ibu sendiri. Pada Norseha, Lukman anak yang tidak dikehendaki. Berkali-kali dia minta diceraikan. Tapi, Badrul bukan dayus. Kesabarannya semata-mata kerana Lukman.

"Aku sudah menghampakan dia hanya kerana mahu berkorban untuk Norseha. Sayangnya pengorbanan itu tidak mendapat perhargaan sewajarnya. Apakah aku akan lebih dihargai apabila memilih Sharifah Yasmin?"

Coretan saya
Novel ini saya beli semasa ke Pesta Buku di PWTC 2013 kerana drama Trilogi Cinta dan saya cuma sempat tengok drama Trilogi Cinta 1sahaja. Kisah di dalam novel ini saya cuma tonton di kaca TV pada awal episod sahaja.  Selepas itu, saya terus tidak mengikutinya kerana kesibukkan waktu. Apa boleh buat dah tak ada masa. Ini yang menyebabkan saya ingin memiliki novel ini untuk mengetahui cerita selanjutnya.


Review saya
Saya merasa agak tertekan "stress" ketika mengikuti jalan cerita di dalam novel ini. Saya tidak tahan dengan perangai Razif yang kuat cemburu, sehinggakan saya merasa sangat geram dan hendak marah kerana cemburu buta yang teramat sangat.  Buku ini saya mengambil masa yang terlalu lama  untuk dihabiskan iaitu lebih kurang hampir sebulan kerana saya "stress". Begitu juga dengan watak Ji, cuma watak Ji tidak lah terlalu meleret-leret dan tidak terlalu melampau.  Tapi, bagi saya  watak-watak di dalam novel ini kebanyakkannya keras kepala...kepada sesiapa yang menonton cerita ini di kaca TV, mungkin lebih memahami jalan ceritanya. Dan sebenarnya jalan ceritanya sangat mudah difahami cuma ia terlalu melibatkan perasaan.  


No comments:

Post a Comment