Pages

My Quote

My Quote

Saturday 31 October 2015

Seindah Hujan Cinta ~ Qash Shazwani

"Takdir telah memilih aku sebagai temanmu... 
Tapi mampukah kau setia memayungi aku setiap kali aku memerlukan?"

539 Pages & 92 Chapters


Novel ke 101
Novel ke 15 ~ 2015

Tarikh Baca     :     31 Oktober 2015 - 8 November 2015

Bintang            :     3.5

Judu Novel       :     Seindah Hujan Cinta
Penulis              :     Qash Shazwani
Keluaran           :     Cetakan Pertama - Disember 2012
Terbitan            :     Karya Seni
Harga                :     RM21.00 (S/M)
                                RM24.00 (S/S)




Sinopsis Belakang Buku 

"Kami dari jabatan agama Islam.  Kami dapat aduan yang kamu berdua tinggal bersama di sini bila isteri awak tak ada.  Betul?"

            Walaupun Wasim sedaya upaya merahsiakan hubungannya dengan Anessa, namun pada malam itu mereka tertangkap juga akhirnya.  Mereka memang tidak bersalah dan telah difitnah! Kalau Wasim tidak merahsiakan hubungan mereka, pasti perkara memalukan seperti itu tidak akan berlaku.

"Rajin juga abang menolong kerja dapur ya!  Kalau kat rumah jangankan nak tolong, kalau boleh makan pun nak bersuap."  
"Pernah ke abang suruh Nisa suapkan?"
"Memanglah tak pernah suruh Nisa.  Tapi kalau dengan Kak Rita tu bukan main manja lagi."
"Alah kalau abang suruh, Nisa bukannya nak suap pun.  Garang sangat!  Silap-silap, Nisa tenyeh-tenyeh mulut abang nanti."

           Anessa memang sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku sebaik saja dia membuat keputusan untuk berkahwin dengan Wasim.  Demi kasih sayangnya terhadap Zarita, Anessa merelakan dirinya.  Walaupun ramai pihak yang menentang, namun Aneesa menyerahkan segala masa depannya bersama Wasim kepada Yang Maha Esa.  Apa pun yang berlaku, dia harus menghadapinya.

"Kalau dia berkenan...abang nak bagi Nisa dekat dia?"
"Minta tolong sikit aaa... Isteri abang lawa-lawa macam ni dia jangan nak buat pasal!  Kalau dia tenung pun abang korek biji mata dia, biar buta macam Kassim Selamat."
"Kalau macam tu Nisa tak nak pergilah, nanti tak pasal-pasal abang masuk penjara sebab korek biji mata orang."
"Huh! Nisa ingat dia nak biar saja ke abang korek biji mata dia tu.  Silap-silap abang dulu yang jadi Kassim Selamat."

         Semakin lama, cinta yang cuba dipupuk akhirnya mekar bak bunga di dalam taman.  Aneesa boleh menarik nafas lega meskipun Wasim selalu lupa akan janji-janji yang telah dipatrinya.

Adakah akhirnya janji Wasim dulu untuk menjaga Anessa dengan baik dan adil akan ditunaikannya? Atau... adakah janji itu akan dilupakannya?

Petikan dari dalam novel 

"Abang..." Anessa menjarakkan tubuhnya sedikit dari tubuh  Wasim.  Wajah Wasim dicarinya.  "Biarlah payung emas tersebut menjadi milik Kak Rita sorang, dia yang lebih layak.  Biarlah Nisa basah disimbahi hujan.  Nisa rela kerana setiap titik hujan yang gugur itu adalah cinta abang buat Nisa.  Nisa rasa Nisa adalah manusia yang paling bertuah di bumi Allah ini."

"Kalau sayang mahu disimbahi hujan cinta abang, abang juga mahu yang sama dari sayang.  Abang mahu keindahan hujan cinta tersebut kita rasai bersama."

Monday 12 October 2015

Rindu Kasih Madinah ~ Nueen

"Ada yang hilang dari hatiku"

447 pages & 51 Chapters + Epilog
Novel ke 99
Novel ke 13 ~ 2015

Tarikh Baca      :     12 Oktober 2015 - 14 Oktober 2015

Bintang             :      4.5

Judul Novel      :      Rindu Kasih Madinah
Penulis              :      Nueen
Keluaran           :      Cetakan Pertama - Julai 2015
Terbitan            :      Teratak Kasih
Harga                :      RM30.00








Sinopsis Belakang Buku


HATI mana yang tidak hancur berderai bila kekasih hati memilih untuk menikahi kakak tersayang. Namun Wardah pasrah.  Mungkin sudah tertulis, bukan Razman bakal calon pendamping hidupnya.

"Boleh Wardah tahu kenapa abang pilih Kak Hajar?"
"Abang rasa kita perlu selamatkan dia dari terpesong terus.  Dia lebih perlukan abang berbanding Wardah.  Wardah fahamkan maksud abang."

         Ya, Wardah faham. Jauh di sudut hatinya dia merelaan Razman memilih Hajar kalau itu adalah cara yang terbaik buat kakaknya.

          Jadi, Wardah perlu pergi jauh.  Bukan untuk membawa hati yang retak, tapi wardah tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.  Biarlah Razman menyayangi Hajar tanpa bayangan Wardah.

          Permohonan Wardah untuk menyambung tugasnya sebagai jururawat di bumi Arab diterima ketika dia melihat mahligai milik bekas kekasih sedang terbina indah.  Dia akan pergi jauh sejauhnya. Tak perlu  dikenang apa-apa lagi.

         Di situ dia bertemu semula dengan kawan sekelas yang dia panggil kacang hantu.  Seorang samseng sekolah boleh belajar tentang usuluddin dan menjadi mutawif secara sambilan.  Diakah Ahmad Zikri yang selalu buat darah Wardah mendidih?  Ada apa sebenarnya disebalik perpisahan bertahun lama sehingga mampu merubah kehidupan Ahmad Zikri?

"Jangan Biarkan Kasih Yang Datang Jadi Hilang"
"Jadikanlah diriku pilihan terakhirmu"


Bingkisan hati...


Novel dan jalan ceritanya begitu menyentuh hati saya.  Sudah lama saya tidak membaca novel yang boleh menitiskan airmata.  Tetapi kali ini, saya tidak dapat menahan daripada menangis dan menangis sehingga bengkak mata.  Tiba-tiba hati saya menjadi sensitif.  Sungguh..saya tidak mampu menipu hati saya kerana saya begitu tersentuh dengan penulisan Nueen. Penulisan beliau yang sedikit sebanyak mengkongsikan cerita dan pengalaman tentang seorang jururawat dari Malaysia di bumi Arab Saudi yang sebelum ini tidak pernah saya ambil peduli. Sangat menarik dan membuatkan saya bangga dengan penulisan beliau.  Bangga kerana dapat membuatkan saya insaf dengan keredhaan Wardah...yang memiliki hati yang  tabah serta suci dan murni..

Sinopsis saya..


Wardah dan Hajar adalah dua orang yang mempunyai karektor dan penampilan yang berbeza. Hajar yang sering disokong oleh Cikgu Mahfuzah iaitu ibunya serta ayahnya cikgu Rashid menjadikan Wardah mangsa keadaan.  Kekerapan Hajar mereka-rekakan cerita tentang keburukan Wardah, menjadikan Wardah seperti anak terbuang. Bukan hanya ketika Wardah di bangku sekolah malah sehingga Wardah bertugas sebagai jururawat di Melaka. Sehingga suatu hari, Hajar telah jatuh cinta dengan kekasih hati Wardah iaitu Razman.
Wardah seorang gadis yang baik budi pekerti serta sentiasa berpenampilan muslimah sedangkan kakaknya Hajar adalah sebaliknya.
Razman telah berpindah ke ibu kota dan menjadi ketua di sebuah syarikat di mana tempat Hajar bekerja.  Hajar yang sentiasa tidak pernah kenal erti putus asa, sentiasa mencuba untuk meraih cinta Razman sehinggalah rancangannya berjaya dan akhirnya Razman telah membuat keputusan dalam keterpaksaan dan Wardah harus menerima dengan redha.
Tidak disangka Wardah dan Ahmad Zikri telah bertemu semula di Kota Madinah. Ketika di alam persekolahan, mereka bukan pasangan bercinta malah telah menggelarkan Ahmad Zikri sebagai kacang hantu. Ahmad Zikri sememangnya telah lama jatuh cinta terhadap Wardah. Namun dengan tidak di sangka-sangka Wardah boleh menukarkan status mereka. Razman adalah orang yang paling bersungguh-sungguh dalam merealisasikan hubungan Wardah dan Razman ketika dihujung usianya. 

Sekian...


Monday 14 September 2015

My New Novel (Order Online) ~ Antologi Cinta - Sayang & Yang Aku Cinta


... Just Arrived ...



Hhmmm...Rasanya dah lama tak baca novel..tiba-tiba bos tanya pasal novel Antologi Cinta - Sayang. Apalagi, saya pun bertanya lah kepada beberapa buah kedai..tapi tak ada stok..Kebetulan pula..dalam FB saya, saya ternampak beli novel secara Online post novel "Yang Aku Cinta" - Karya dari dua orang Penulis kegemaran saya..Farah Husain & Anna Lee. Apalagi, saya pun bertanya la tentang novel itu..
Alhamdulillah..seronoknya bila saya dapat tahu dia ada stok novel tu...mula la hati ni tak sabar-sabar..apatah lagi..saya nak jadikan novel tu sebagai hadiah perpisahan buat bos saya. Tunggu punya tunggu..setelah seminggu berlalu, baru lah parcel saya sampai..Alangkah gembiranya saya..sampai boleh pulak nak post kat blog saya ni. Apa-apa pun..Thanks to Munirah kerana dapat menunaikan permintaan bos saya walaupun saya tak sempat nak bagi pada hari last day beliau. Saya pun tumpang sekaki..dapat la saya baca novel ni jugak..

Kalau nak tahu apa kandungan cerita kedua-dua buah buku ini..tunggu ye..Bila dah baca saya akan post kat blog saya ini...