Pages

My Quote

My Quote

Monday 12 October 2015

Rindu Kasih Madinah ~ Nueen

"Ada yang hilang dari hatiku"

447 pages & 51 Chapters + Epilog
Novel ke 99
Novel ke 13 ~ 2015

Tarikh Baca      :     12 Oktober 2015 - 14 Oktober 2015

Bintang             :      4.5

Judul Novel      :      Rindu Kasih Madinah
Penulis              :      Nueen
Keluaran           :      Cetakan Pertama - Julai 2015
Terbitan            :      Teratak Kasih
Harga                :      RM30.00








Sinopsis Belakang Buku


HATI mana yang tidak hancur berderai bila kekasih hati memilih untuk menikahi kakak tersayang. Namun Wardah pasrah.  Mungkin sudah tertulis, bukan Razman bakal calon pendamping hidupnya.

"Boleh Wardah tahu kenapa abang pilih Kak Hajar?"
"Abang rasa kita perlu selamatkan dia dari terpesong terus.  Dia lebih perlukan abang berbanding Wardah.  Wardah fahamkan maksud abang."

         Ya, Wardah faham. Jauh di sudut hatinya dia merelaan Razman memilih Hajar kalau itu adalah cara yang terbaik buat kakaknya.

          Jadi, Wardah perlu pergi jauh.  Bukan untuk membawa hati yang retak, tapi wardah tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.  Biarlah Razman menyayangi Hajar tanpa bayangan Wardah.

          Permohonan Wardah untuk menyambung tugasnya sebagai jururawat di bumi Arab diterima ketika dia melihat mahligai milik bekas kekasih sedang terbina indah.  Dia akan pergi jauh sejauhnya. Tak perlu  dikenang apa-apa lagi.

         Di situ dia bertemu semula dengan kawan sekelas yang dia panggil kacang hantu.  Seorang samseng sekolah boleh belajar tentang usuluddin dan menjadi mutawif secara sambilan.  Diakah Ahmad Zikri yang selalu buat darah Wardah mendidih?  Ada apa sebenarnya disebalik perpisahan bertahun lama sehingga mampu merubah kehidupan Ahmad Zikri?

"Jangan Biarkan Kasih Yang Datang Jadi Hilang"
"Jadikanlah diriku pilihan terakhirmu"


Bingkisan hati...


Novel dan jalan ceritanya begitu menyentuh hati saya.  Sudah lama saya tidak membaca novel yang boleh menitiskan airmata.  Tetapi kali ini, saya tidak dapat menahan daripada menangis dan menangis sehingga bengkak mata.  Tiba-tiba hati saya menjadi sensitif.  Sungguh..saya tidak mampu menipu hati saya kerana saya begitu tersentuh dengan penulisan Nueen. Penulisan beliau yang sedikit sebanyak mengkongsikan cerita dan pengalaman tentang seorang jururawat dari Malaysia di bumi Arab Saudi yang sebelum ini tidak pernah saya ambil peduli. Sangat menarik dan membuatkan saya bangga dengan penulisan beliau.  Bangga kerana dapat membuatkan saya insaf dengan keredhaan Wardah...yang memiliki hati yang  tabah serta suci dan murni..

Sinopsis saya..


Wardah dan Hajar adalah dua orang yang mempunyai karektor dan penampilan yang berbeza. Hajar yang sering disokong oleh Cikgu Mahfuzah iaitu ibunya serta ayahnya cikgu Rashid menjadikan Wardah mangsa keadaan.  Kekerapan Hajar mereka-rekakan cerita tentang keburukan Wardah, menjadikan Wardah seperti anak terbuang. Bukan hanya ketika Wardah di bangku sekolah malah sehingga Wardah bertugas sebagai jururawat di Melaka. Sehingga suatu hari, Hajar telah jatuh cinta dengan kekasih hati Wardah iaitu Razman.
Wardah seorang gadis yang baik budi pekerti serta sentiasa berpenampilan muslimah sedangkan kakaknya Hajar adalah sebaliknya.
Razman telah berpindah ke ibu kota dan menjadi ketua di sebuah syarikat di mana tempat Hajar bekerja.  Hajar yang sentiasa tidak pernah kenal erti putus asa, sentiasa mencuba untuk meraih cinta Razman sehinggalah rancangannya berjaya dan akhirnya Razman telah membuat keputusan dalam keterpaksaan dan Wardah harus menerima dengan redha.
Tidak disangka Wardah dan Ahmad Zikri telah bertemu semula di Kota Madinah. Ketika di alam persekolahan, mereka bukan pasangan bercinta malah telah menggelarkan Ahmad Zikri sebagai kacang hantu. Ahmad Zikri sememangnya telah lama jatuh cinta terhadap Wardah. Namun dengan tidak di sangka-sangka Wardah boleh menukarkan status mereka. Razman adalah orang yang paling bersungguh-sungguh dalam merealisasikan hubungan Wardah dan Razman ketika dihujung usianya. 

Sekian...


1 comment:

  1. Assalamualaikum. Buku ni masih ada ke? Sudi tak klu sewakan novel ni pd sy sbb sy teringin nk baca. Boleh whatsapp sy ye +60182608377 TQ ☺☺

    ReplyDelete