Pages

My Quote

My Quote

Thursday 9 February 2012

Rindu Cintaku ~ Fauziah Ashari

Ini adalah novel ke-2 yang saya baca pada tahun 2012 selepas "Ombak Rindu".  Selepas sebulan, Kak Zawiyah telah meminjamkan saya novel ke-3 iaitu sinambungan novel "Ombak Rindu" Fauziah Ashari.  Apa lagi, seronok tak terkatalah sebab dapat tahu sambungannya walaupun satya tak dapat baca sambungan novel yang ke-2.  Tapi saya tak menyesal pun, sebab Kak Zawiyah kata..sambungan novel yang ke-2 itu, Izah telah hilang ingatan.  So, Bagi saya tak payah lah nak menyemak kepala otak sendiri nak layan Izah yang hilang ingatan pula.  Happynya..akhirnya dapat tahu endingnya yang "HAPPY ENDING".  Tapi sedih jugak nak sampai ke happy ending ni..bermacam-macam cabaran dan dugaan yang perlu Izah dan Hariz tempuhi...

Rindu Cintaku ~ Fauziah Ashari
"Cinta ini tak akan terhakis cuma kealpaan yang mengguris"

672 Pages
Novel ke 4 (2011-2012)
Novel ke 2 - 2012
3.5 Star

Tarikh baca   :  Februari 2012

Judul Novel    :    Rindu Cintaku
Penulis           :     Fauziah Ashari
Harga            :     RM23.90
Terbitan         :     Intens Idea International Sdn Bhd


Sinopsis

Izzah tercari-cari ketika dirinya hilang ingatan.  Mimpi-mimpi ngeri tentang suaminya berkunjung datang dalam kotak minda menambah kekeliruan, menjadikan dia kedinginan dalam cinta Hariz yang sentiasa membara.  Izah pulih saat konflik memuncak dan dia tak berdaya untuk menggalas beban yang membelenggu hati bila cinta suami ditagih insan lain walau maruah menjadi taruhan.

Hariz yang keresahan terus dilanda tsunami permasalahan.  Neraca karma beralun ganas melibas keegoaannya.  Haris hilang punca, hilang kuasa dan hilang Izzah.  Namun membuang cintanya pada isteri tercinta tidak pernah wujud dihatinya walau dalam keterpaksaan.

Andainya mampu ditebus kesilapan apakah harga yang perlu dilunaskan? Rumahtangga? cinta tak kesampaian? Kesetiaan?  Maruah?  Atau.... Nyawa

No comments:

Post a Comment