Pages

My Quote

My Quote

Thursday 23 February 2012

Gemersik Kalbu ~ Anis Ayuni

Ketika sibuk dengan karya Fauziah Ashari, tiba-tiba muncul pula karya Anis Ayuni yang diadaptasikan di kaca TV pada setiap petang jam 7mlm - 8mlm dengan tajuk drama yang sama dalam slot AKASIA di TV3.  "GEMERSIK KALBU" itulah judul novel dan drama dalam slot Akasia.  Boleh dikatakan setiap hari jugalah saya dan suami melayan drama ini.  Ada sedih, lucu, geram dan gembira.
Setelah mengikuti beberapa episad drama ini, saya terus mendapatkan novel ini untuk mengetahui jalan cerita yang seterusnya.  Hmmm..tak sabar...nak buat macammana...terpaksa memilikinya juga..  Dan inilah novel kedua yang telah saya beli dan miliki selepas novel "STANZA CINTA".  Sehingga kini, ia masih kekal menjadi koleksi-koleksi novel kesayangan saya.

592 Pages
Novel ke 5 (2011-2012)
Novel ke 3 - 2012
3 Star

Tarikh Baca  :  Februari 2012

Gemersik Kalbu ~ Anis Ayuni
Penerbitan   :  Alaf 21
Tahun terbit  :  2005
Harga          :   RM18.00

"Mengapa berpaut pada kenangan
Sedangkan impian boleh digapai"

Sinopsis

Raihana... pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu.  Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku.  Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya.  Namun, jawapanmu sering menyongsang makna.  Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja.

Puas kukikis namamu.  Lelah jasadku dek tipu helahmu.  Berkali-kali ku ulang; aku lelaki yang tak tahu malu.  Sayangnya...bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku.  Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan!  Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaku yang tewas!

Suffian... cinta bukan paksaan.  Cinta juga bukan simpati.  Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini.  Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu.  Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran.  Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi.  Biarpun barang duka meranyai hidup ini, tapi aku tetap rela.

Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras.  Sekelumipiun tiasa namamu di ruang hai ini.  Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana.  Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu.  Biar didera ataupun di paksa, namun hatiku tidak serapuh salju!

Akhirnya , Raihana begini dan sufian begitu.  Di manakah titik pertemuan mereka?

No comments:

Post a Comment