Pages

My Quote

My Quote

Thursday 1 March 2012

Sweet Sour ~ Nasz

Ini adalah buku pertama dari keluaran Jemari Seni yang telah saya baca.  Saya betul-betul jatuh cinta dengan jalan cerita yang ditulis oleh Nasz di dalam novel ini.  Berpuas hati selepas membacanya walaupun tidak memilikinya dan ini adalah buku kedua yang dipinjamkan oleh Anis.  Thanks a lot Anis..kerana memperkenalkan penerbitan ini.

Novel ke 6 (2011-2012)
Novel ke 4 - 2012
4 star

Tarikh baca : Mac 2012

Judul Novel : Sweet Sour
Penulis   :Nasz
Penerbitan : Jemari Seni
Harga : RM21.00



Sinopsis

A – Yang manis, harum lagi wangi itu Zarul
“Kira orang ni taraf cincin gula-gula ni ajelah.”
“Sepuluh ringgit tu.” Sungguh-sungguh dia cakap.
“Berkira... baru sepuluh dah kecoh... bukannya seribu pun.” Aku jeling dia.
“Banyak cakap pula... kalau tak nak bagi balik.” Dia hulur tangan kiri.

Tak tahu pula macam ni punya seronok apabila dapat cincin... walaupun hanya cincin gula-gula.
“Ni kira orang ‘cuplah’ ni.” Sambung dia lagi.
Aku simpan senyum. Tak boleh senyum depan-depan ni, nanti dia perasan!

– Yang pahit, masam, masin, payau itu Joe Jambul
“Bayar cincin ni.” Kata dia. Betul ke ni, apa yang aku tengah dengar ni.
“What?” aku terjerit di situ.
“Pay for this.” Relaks aje dia mengarah aku lagi.
“Okey... saya bayar!” Aku jeling dia.

Tapi kan, juling biji mata aku tengok bil RM10 000 kat Tiffany tu. Gila ke apa? Batu planet mana dia pakai buat cincin bodoh ni!

No comments:

Post a Comment