Pages

My Quote

My Quote

Thursday 8 March 2012

Bicara Hati ~ Damya Hanna

Buku ini saya pinjam dengan Kak Zawiyah.  Kak Zawiyah kata novel ni telah diadaptasikan di dalam sebuah drama di Astro yang bertajuk "Bicara Hati".  Bagi pandangan saya, jalan cerita di dalam novel ini sangat best.  Saya sungguh teruja membacanya.  

576 pages ~ Old cover
Novel ke 7 (2011-2012)
Novel ke 5 - 2012
3.5 star

Tarikh Baca  : March 2012

Judul Novel    : Bicara Hati
Penulis           : Damya Hanna
Penerbitan      : Alaf 21
Tarikh Terbit  : 6 Mac 2003
Harga             : RM18.00


"Tatkala sendirian hatiku terdengar degupan cintamu"







Sinopsis

DALAM satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.

Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu.

Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat, iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu. 

Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut penjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya.

Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah kisah yang dapat mengungkap segala rahsia.

New Cover

No comments:

Post a Comment